Mahkamah Arah Jose Mourinho Hadir 48 Jam Sebelum Perlawanan Menentang Chelsea

Jose Mourinho telah mendapat surat arahan untuk hadir ke perbicaraan mahkamah di Madrid pada November hadapan berhubung dakwaan penipuan cukai.

Tarikh perbicaraan tersebut hanya 2 hari menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Pada Jun lalu Mourinho telah didakwa atas tuduhan membabitkan jumlah bayaran cukai dan tuduhan telah dibaca di mahkamah di Madrid membabitkan nilai cukai sekitar £2.9 juta, untuk kesalahan yang dilakukan pada 2011 dan 2012 oleh pendakwaraya mahkamah Sepanyol.

Jumlah cukai yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa tidak membabitkan gaji yang diperolehi oleh pengendali dari Portugal itu ketika beliau mengendalikan Real Madrid di antara 2010 sehingga 2013.

Tetapi ia adalah hasil keuntungan membabitkan hak imej.

Kini hakim mahkamah di Sepanyol telah mengarahkan agar Mourinho hadir untuk menjawab soalan berhubung dengan dakwaan tersebut pada 3 November depan, 2 hari sebelum skuad United kendaliannya berhadapan dengan Chelsea di Stamford Bridge pada 5 November.

. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mourinho turut mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan sejarah pembayaran cukai selepas menerima dakwaan pihak berkuasa pada musim panas yang lalu.

Beliau menegaskan telah membayar sejumlah £23 juta untuk tujuan penjelasan cukai, dan tidak menerima apa-apa lagi tuntutan dan dakwaan selepas itu.

Kenyataan yang disiarkan pada Jun lalu berbunyiL “Jose Mourinho tidak pernah menerima sebarang notis berkenaan berita yang disiarkan di akhbar.”

“Sehingga ke tarikh ini, belum ada pihak berkuasa dari agensi cukai Sepanyol mahu pun pihak pendakwaraya telah menghubungi Jose Mourinho atau pun wakil beliau yang telah dilantik untuk berhadapan dengan kes ini.”

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Jose Mourinho menetap di Sepanyol dari Jun 2010 sehingga Mei 2013, dan telah membayar sehingga £23 juta cukai pada kadar purata 41%.”

“Beliau turut menerima dan memenuhi setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi penguatkuasaan cukai di Sepanyol pada 2015, berkenaan bayaran cukai pada 2011 dan 2012, selepas nilai tersebut dipersetujui pada 2013.”

“Kerajaan Sepanyol turut telah mengesahkan perkara tersebut dengan mengeluarkan sijil pengesahan bahawa segala peraturan telah dituruti oleh Jose Mourinho dalam menunaikan tanggungjawab beliau untuk menjelaskan cukai.”

Sehingga kini, pihak berkuasa agensi cukai di Sepanyol dan juga pihak pendakwaraya masih berdiam diri berkenaan kenyataan dari Mourinho ini.

Sumber:

1. Sky Sports (2017): Jose Mourinho summoned by Madrid court over tax fraud accusations; http://www.skysports.com/football/news/11667/11059326/jose-summoned-by-madrid-court

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN