Permohonan kapten skuad kebangsaan Peru, Paolo Guerrero untuk beraksi di Piala Dunia, diluluskan oleh Mahkamah tertinggi Switzerland biarpun beliau sebelum ini digantung kerana didapati positif menggunakan kokain dalam ujian doping.
Guerrero baru saja melengkapkan penggantungan enam bulan dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang berkenaan.
BREAKING: Peru captain Paolo Guerrero has been cleared by Swiss court to play in the World Cup [h/t @RobHarris] pic.twitter.com/CE3PNwuoPe
— B/R Football (@brfootball) May 31, 2018
Begitupun, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memanjangkan lagi tempoh penggantungan itu sehingga 14 bulan, sekali gus menyaksikan dia bakal terlepas aksi Piala Dunia.
Justeru, tribunal Mahkamah tertinggi Switzerland yang bersidang memutuskan untuk menggantung keputusan CAS dan berkata: “Guerrero boleh kembali beraksi di Piala Dunia akan datang.”
We’re not crying, you’re crying. 😭
Captain Paolo Guerrero has arrived at Peru National Team camp. Next stop, Russia.
🇵🇪 #FuerzaPaolo 🇵🇪 pic.twitter.com/ixz4XEoalI
— COPA90 US (@Copa90US) May 31, 2018
Keputusan itu disambut baik oleh Persekutuan Bolasepak Peru (FPF), yang memberi sokongan padu kepada Guerrero dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan berusaha untuk membawanya ke Russia untuk penampilan Piala Dunia pertama negara mereka, sejak 36 tahun lalu.
“Ini adalah satu berita yang amat menggembirakan bukan hanya untuk FPF, tetapi seluruh rakyat dan peminat bola sepak di Peru,” kata FPF dalam satu kenyataan.
Great news for Peru & Paolo Guerrero but question remains; why was he banned in first place when both FIFA & WADA accept he never intended to cheat nor received any enhancement of his performance? His ban calls into question the legitimacy of current anti-doping in sports.
— Simeon Tegel (@SimeonTegel) May 31, 2018
Sebelum ini media melaporkan Guerrero, berang terhadap ‘ketidakadilan’ yang berlaku susulan penggantungan akibat kesalahan kes doping selama 14 bulan, sekali gus meranapkan impiannya ke Piala Dunia Russia.
Guerrero yang beraksi sebagai penyerang untuk kelab gergasi Brazil, Flamengo disenaraikan dalam skuad awal Peru seramai 25 orang ke Piala Dunia yang diumumkan pada Ahad.