Maghribi Terpilih Jadi Tuan Rumah CHAN 2018

Maghribi bakal menganjurkan African Nations Championship (CHAN) pada 2018. Mereka menggantikan Kenya yang telah ditarik hak penganjuran oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika.

Kejohanan kedua Afrika edisi 2018 ini diadakan pada 12 Januari hingga 4 Februari 2018 di negara Afrika Utara itu. Maghribi telah terpilih mengatasi Equatorial Guinea sebagai tuan rumah,

Pampasan buat Mesir

Mesir bakal membuat penampilan sulung untuk kejohanan ini.

Nampaknya Mesir mempunyai tahun yang baik untuk 2018 dalam bola sepak. Mereka boleh membuat persediaan untuk kejohanan ulung dunia itu.

Meskipun tewas pada perlawanan kelayakan kepada Maghribi, Mesir telah dipilih CAF untuk beraksi dalam kejohanan ini. Namun begitu, kita tidak dapat melihat kelibat Mohamed Salah kerana peraturan khas CHAN.

CAF telah menetapkan hanya pemain tempatan yang bermain di liga domestik sahaja dibenarkan beraksi dalam CHAN. Maksudnya, pemain Mesir yang beraksi dalam liga Mesir hanya boleh didaftarkan dalam skuad kebangsaan.

Ini berbeza dengan kejohanan African Cup of Nations yang boleh disertai oleh pemain beraksi di liga luar negara asal. Malah, kejohanan ini akan diambil kira untuk kedudukan ranking FIFA!

Kenya dinafikan hak

CAF tidak memberikan peluang kepada Kenya untuk beraksi dalam kejohanan ini. Walaupun hak penganjuran mereka ditarik.

Namun, ia bukan pengakhiran bagi bola sepak Kenya. Barangkali boleh menjadi ‘wake-up call untuk’ mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN