Bagaimana Magik Harry Potter Bantu Bradford City Dapat £60,000

Gara-Gara demam Hari Harry Potter, Mafla Bradford City Laku Keras!

Semalam, trending di laman sosial Internet mengenai ‘Harry Potter Day’. Rasanya watak Harry Potter ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Ini kerana ramai sudah maklum dengan watak ahli sihir muda yang kacak bergaya itu.

Namun, ada satu kisah menarik setelah filem Harry Potter membuat debut pada 2001.

Mafla

Sebenarnya bagi yang tidak sedar, Harry mengenakan mafla berwarna scarlet dan emas. Kombinasi mafla itu hanya boleh didapati di dunia sebenar di satu tempat!

Hanya di Bradford City!

10 ribu mafla kelab itu telah dibeli peminat Harry Potter. Itu pun disebabkan pihak kelab mengiklankan mafla itu mirip yang dipakai oleh Harry Potter dan rakan-rakannya.

Harga jualan setiap mafla hanyalah £5.99 sahaja. Dalam kiraan mudah, kelab itu meraih hampir £60,000 dalam masa yang singkat.

Sebelum filem itu membuat kemunculan, kelab tersebut hanya menjual 100 mafla ketika musim sejuk.

Kelab Bradford City berterima kasih kerana impak filem itu. Dikatakan kelab itu menamakan Harry sebagai honorary fan!

Nampaknya makin ramai peminat bola sepak akan berminat mendapatkan mafla dari Bradford City setiap kali menjelang Hari Harry Potter.

Dan kelab ini juga beroleh manfaat hasil daripada publisiti seperti ini.

Dunia sebenar

Harry Potter di dunia sebenar.

Lebih aneh tapi benar, sebenarnya ada seorang pemain kelab itu bernama Harry Potter! Harry Potter pernah bermain dengan kelab itu sebagai reserve half-back.

Beliau bermain dengan Bantams secara separuh masa. Harry Potter juga menjadi pekerja di sebuah kilang,

Dipercayai beliau bermain dengan kelab itu sebelum 1906 lagi sehingga 1910. Pada 1910, beliau menyertai Lincoln City.

Namun, apabila Perang Dunia Pertama, beliau menyertai British Army. Namun, beliau meninggal dunia ketika dalam tugasan sebagai askar.

Penutup

Rasanya J.K. Rowling mengetahui sesuatu yang misteri dan konspirasi antara kaitan Harry Potter dan Bradford City.

Kita pula yang terkena!

Sumber:

  1. CBBC News, 2001: Harry’s made honorary Bradford City fan; http://news.bbc.co.uk/cbbcnews/hi/tv_film/newsid_1654000/1654343.stm
  2. Football and The First World War, 2017: Harry Potter; http://www.footballandthefirstworldwar.org/harry-potter-footballer

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN