Ketika kebanyakan pihak menjangkakan Achraf Hakimi akan menjadi pemain penting untuk Real Madrid sebaik sahaja tempoh pinjamannya ke Borussia Dortmund selama dua musim tamat, sebaliknya yang berlaku.
Pemain bek kanan dari Maghribi itu yang merupakan produk akademi Real sejak 2006 telah dijual kepada Inter Milan pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar €40 juta (RM192 juta) dengan €5 juta bonus tambahan.
Penjualan Hakimi itu jelas mengecewakan peminat Real Madrid yang mahu pemain muda berusia 22 tahun itu menjadi bintang utama di Santiago Bernabeu.
Achraf Hakimi has admitted that he would have liked to stay at Real Madrid, despite winning the 2020-21 Serie A title with Inter.#AchrafHakimi #RealMadrid #SerieA #Inter #BVB pic.twitter.com/ubxjGjR7xs
— Buaksib (@buaksib) May 3, 2021
Sebelum dipinjamkan ke Borussia Dortmund, beliau pernah melakukan sembilan penampilan serta menjaringkan dua gol untuk Los Blancos dalam kempen La Liga pada musim 2017/18.
Kejayaan Real Madrid menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Liverpool pada musim tersebut juga menjadikan Hakimi sebagai pemain Maghribi pertama yang muncul pemenang kejohanan berprestij di Eropah itu.
Namun keberadaan Dani Carvajal yang masih menjadi pilihan Zinedine Zidane kemungkinan besar ia akan membantutkan perkembangan serta peluangnya untuk menyinar.
Namun kejayaan memenangi Scudetto pastinya menjadi kenangan manis buat Hakimi yang dapat mengecapi nikmat kejuaraan hanya pada musim pertamanya di Inter selepas meninggalkan kelab La Liga berkenaan.
Dalam temubualnya bersama rancangan televisyen El Chiringuito, Hakimi menolak khabar angin yang mengatakan beliau telah menutup peluang untuk kembali ke kelab yang berpangkalan ibu kota Sepanyol tersebut.
“Saya perlu jelaskan tentang apa yang kebanyakan orang sering sebut, mereka katakan saya berpindaha kerana tidak mahu merebut tempat, tetapi sebenarnya bukan seperti itu,” katanya.
🗣 Achraf Hakimi: "Real Madrid? It was my home. I would have liked to earn the place there, but the club decided another thing. I don't know what happened, but I don't blame anyone." pic.twitter.com/rq9GBmpaF7
— 𝗥𝗠𝗢𝗻𝗹𝘆 (@ReaIMadridOnly) May 2, 2021
“Real Madrid adalah rumah saya dan tentu sekali saya suka jika dapat bermain di sana. Tetapi keadaan pada waktu itu memaksa kelab untuk memutuskan sebaliknya. Semua orang tahu saya sepatutnya perlu bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat.”
Beliau mengatakan dirinya sendiri tidak pasti sama ada pengurus Zinedine Zidane ataupun pihak pengurusan kelab yang mengambil keputusan untuk mengetepikannya.
“Mungkin juga disebabkan isu berkaitan pandemik, saya betul-betul tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, tetapi saya tidak mahu menyalahkan Zidane atau kelab.
“Saya ras mungkin ia adalah disebabkan keadaan kewangan kelab yang terkesan dengan krisis pandemik, jadi ia memerlukan saya dijual.”
Kredit foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Achraf Hakimi:
RASMI: Episod Indah Hakimi Di Dortmund Berakhir, Sah Sertai Inter Milan
RASMI: Episod Indah Hakimi Di Dortmund Berakhir, Sah Sertai Inter Milan
11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane