Maciel Nafi Tolak Amri Yahyah Ketika Dalam Terowong Ke Bilik Persalinan

Kelmarin berlaku sedikit kekecohan ketika perlawanan suku akhir pertama Shopee Piala FA 2018 diantara Kuala Lumpur menentang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Bercakap kepada Berita Harian, pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel mendakwa pemain tengah Selangor, Amri Yahya tidak mempamerkan sikap profesional ketika perlawanan sedang berlangsung dimana skuad The Red Giants mendahului skuad City Boys itu dengan jaringan 2-0 di separuh masa pertama.

“Selepas tamat babak pertama, saya cuba bercakap dengan pemain memakai jersi nombor 17 (Amri), saya tidak tahu nama dia. Bagi saya dia perlu lebih hormat kepada pasukan lawan.

“Ia bukan seperti cara pemain bola sepak. Dalam bola sepak kadang-kadang kita gembira dan ada kalanya kita menangis. Hari ini dia gembira, mungkin satu hari nanti dia akan menangis. Tapi bola sepak anda perlu hormat pasukan lawan,” katanya pada sidang media.

FOTO: FA Selangor

Akibat didakwa menolak Amri ketika berjalan memasuki ke bilik persalinan, Maciel diminta untuk tidak berada di bangku simpanan oleh pegawai perlawanan.

Tindakan pengendali kelahiran Brazil itu mencetuskan sedikit kekecohan sebelum ia dileraikan pegawai perlawanan dan pegawai kedua-dua pasukan.

Namun, Maciel menafikan menolak Amri sambil menjelaskan beliau hanya memegang leher pemain itu dan memintanya lebih menghormati pasukan Kuala Lumpur.

“Saya bercakap denga Rufino Segovia dan Willian Pocheco seperti biasa di mana saya menyatakan permainan mereka pada babak pertama bagus.

“Saya juga memaklumkan kepada dia (Amri) supaya lebih hormat pasukan lawan, kerana selepas mendahului 2-0 dia cuba bermain dengan bola dan (selepas itu) dia cakap sesuatu pada saya. Sebab itu saya pegang (leher Amri), tanpa menolak, tapi dia jatuhkan badan,” katanya.

Walaupun pasukannya tewas 0-3 di suku akhir pertama, Marciel menegaskan pasukannya tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus berjuang selagi masih ada 90 minit.

“Keputusan yang sukar untuk kami, tapi masih ada 90 minit. Kami tidak putus asa kerana perlawanan kedua nanti akan lebih sengit dan saya yakin ia akan berbeza berbanding malam ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN