‘Macam Main Petang-Petang’ – Malaysia Mudah Atasi Cabaran Brunei

Malaysia Brunei

Langkah kanan buat skuad kebangsaan Malaysia yang memulakan kempen di pentas antarabangsa dengan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Brunei dalam aksi pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aksi yang menjadi medan buat pengendali skuad Harimau Malaysia, Kim Pan-gon untuk menguji pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat sejak beberapa hari lalu menampakkan petanda positif dari segi corak permainan yang kemas sepanjang perlawanan.

Di awal permainan, Kim Pan-gon menerapkan formasi lima pertahanan yang menyaksikan Khairulazhan Khalid diberikan kepercayaan sebagai benteng terakhir sambil dibantu Junior Eldstal, Khuzaimi Piee serta Dion Cools.

Syahmi Safari serta pemain yang mendapat kaps antarabangsa pertama V. Ruventhiran pula ditugaskan sebagai bek sayap kiri dan kanan sementara di bahagian tengah ditunjangi oleh kapten Safiq Rahim dan Syamer Kutty.

Barisan serangan pula diketuai oleh Syafiq Ahmad dengan diapit oleh Faisal Halim dan Mohamadou Sumareh.

Selepas beberapa kali mengancam kubu lawan, Malaysia akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-16 menerusi Syafiq Ahmad yang menanduk masuk hantaran dari sepakan penjuru Safiq Rahim.

Ketiadaan sebarang aksi kompetitif sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa ternyata memberikan kesan yang ketara kepada permainan skuad kebangsaan Brunei yang dilihat bergelut untuk mencari rentak tarbaik dalam perlawanan.

Gol kedua Malaysia terhasil beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama selepas Syamer Kutty bijak membuat gerakan satu dua bersama Faisal Halim untuk mengatasi garisan pertahanan sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol Haimie Abdullah Nyaring.

Lima pertukaran dibuat pada awal babak kedua dengan Guilherme de Paula, Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor, Liridon Krasniqi dan Dominic Tan dibawa masuk tanpa mengubah formasi awal.

Kemasukan penyerang naturalisasi negara berkenaan ternyata paling mencuri tumpuan selepas pemilihannya bersama skuad kebangsaan dipersoalkan pelbagai pihak.

Namun De Paula membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mencipta satu bantuan jaringan kepada Faisal Halim pada minit ke-58 dan kemudian mencetak satu gol menerusi sepakan penalti pada pada penghujung perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN