“Macam Ditembak Pistol Besar” – Satiananthan Geram Lakonan Mawutor

Sarawak United terus dirundung kisah malang pada aksi awal musim ini dalam saingan Liga Super setelah merekodkan kekalahan kelima dengan terbaharu menjadi mangsa kepada Negeri Sembilan di laman sendiri.

Dalam perlawanan semalam, Sarawak United tampak bergelut untuk menyerap asakan lawan biarpun terlebih dahulu menerusi Boris Kok sebelum Herold Goulon dan Matheus Alves meledak gol kemenangan bagi terus memberi tekanan buat anak buah B. Satiananthan.

Menurut Berita Harian, pengendali Sarawak United itu jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan semalam setelah melihat aksi lakonan pemain import lawan iaitu David Mawutor yang merebahkan badan dengan berlebihan setelah dikasari Gonzalo Soto sehingga Negeri Sembilan dihadiahkan penalti pada minit ke-51.

“Dia (David Mawutor) macam ditembak dengan pistol yang besar apabila jatuh seperti itu,” jelas Satiananthan tidak berpuas hati dalam sidang media usai perlawanan.

Menurut pengendali tersebut, penalti yang diberikan oleh pengadil semalam dilihat terlalu mudah sehingga diambil peluang sebaiknya untuk Herold Goulon menyempurnakannya sekali gus menyamakan kembali kedudukan semasa.

Lebih memburukkan keadaan, pemain tuan rumah mendakwa bola sudah pun terkeluar daripada garisan padang namun permainan diteruskan dan gerakan itu membolehkan Negeri Sembilan meledak gol kemenangan pada minit ke-69.

“Selepas dapat penalti, dia melompat dan bermain seperti biasa. Sukar untuk kita apabila segalanya serba tidak menjadi terutamanya untuk pasukan seperti Sarawak. Kita seakan dibuli, saya tidak tahu tetapi kita perlu terus bekerja keras.

“(Gol kedua) Pemain kita berhenti bermain kerana bola keluar tetapi penjaga garisan meneruskan permainan dan ketika itulah mereka ambil kesempatan untuk menjaringkan gol. Pemain perlu belajar supaya jangan berhenti bermain walaupun penjaga garisan tidak mengangkat bendera.

“Pemain katakan bola sudah keluar, penyokong pun katakan perkara yang sama tetapi cuma penjaga garisan sahaja yang nampak. Apapun, kesilapan yang mudah membuatkan kita dibolosi,” katanya dengan kecewa.

Dalam masa, K. Devan sendiri mengakui penalti tersebut menjadi titik kebangkitan buat para pemainnya beraksi dengan lebih baik sehingga mampu mencatat kemenangan di gelanggang lawan.

“Kita bergelut dengan hantaran panjang Sarawak yang sememangnya berbahaya tetapi kita bertahan dengan baik. Cuma kita sepatutnya bertahan dengan lebih kemas ketika menghadapi situasi bola mati yang mencetuskan gol buat Sarawak.

“Selepas gol pertama, kami lebih bersemangat dan terus fokus untuk memburu gol dan kita berjaya. Sarawak terus memberi tekanan kepada kita tetapi kita berjaya mengekalkan kedudukan untuk tiga mata berharga,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN