Datuk M Karathu meminta pengendali Harimau Malaya untuk mengambil langkah segera memanggil Luqman Hakim bagi menyelesaikan isu ketumpulan bahagian serangan.
Malaysia tewas 1-0 di tangan Vietnam dalam aksi yang kurang bermaya dan hilang kreativiti dan tumpul di barisan serangan.
Karathu jelas sekali tidak gembira dengan prestasi pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha yang disifatkan beliau sudah tidak mampu untuk berlari memecahkan pertahanan lawan seperti dahulu.
Oleh itu, M Karathu meminta agar Tan Cheng Hoe berani untuk merombak pasukan Harimau Malaya.
https://twitter.com/ArenaHM/status/1183059547134427136
M Karathu berkata: ” Secara keseluruhan Vietnam adalah pasukan yang lebih baik daripada kita, terutamanya di bahagian serangan dan pertahanan.”
“Namun, saya tidak menyatakan bahawa pasukan kita lemah. Cuma masalah kita adalah, penyerang kita gagal memberikan tekanan kepada pertahanan Vietnam.”
“Saya melihat, Norshahrul masih ada kawalan bola yang baik namun beliau tidak ada lagi kelajuan seperti dahulu. Mungkin kerana faktor usia.”
“Oleh itu, dalam hal ini, pasukan kita perlukan seorang penyerang yang boleh berlari ke hadapan dan memberikan tekanan kepada lawan.”
“Namun, dalam aksi menentang Vietnam, pemain penyerang kita tak buat perkara itu.”
“Kita hanya mampu memegang bola dan selepas itu hilang bola ataupun menghantar bola ke belakang sahaja.”
“Kita sepatutnya ada seorang penyerang yang berani membuat larian ke hadapan untuk memecahkan benteng pertahanan lawan.”
“Saya rasa, Luqman Hakim boleh diberikan peluang. Ini kerana beliau ada kepantasan serta IQ bola sepak yang baik. Kita harus berani mencuba dan jangan takut memberikan beliau peluang.”