LVG Tawar Diri Letak Jawatan, Tetapi Dipujuk Untuk Kekal Oleh Manchester United

Jika sebelum ini Louis van Gaal berkeras enggan meletak jawatan kerana mendakwa beliau mempunyai sokongan daripada penyokong dan pemain Manchester United, kali ini beliau nampaknya sedang mempertimbangkan untuk beralah.

Semuanya gara-gara selepas beliau diejek boo oleh penyokong United secara terbuka selepas kekalahan 0-1 kepada Southampton. Beliau juga mengaku ‘gagal mencapai jangkaan penyokong’ di media.

Menurut laporan The Guardian, van Gaal sudah menyerahkan surat perletakan jawatan selepas perlawanan menentang Southampton pada Sabtu lepas.

Tetapi beliau telah dipujuk untuk kekal oleh Ed Woodward, naib pengerusi eksekutif kelab. Sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini.

Ketika ini van Gaal sedang berada di Belanda sempena hari lahir anak perempuannya. Beliau dijangka akan mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Woodward sekali lagi pada hari Selasa (Rabu waktu Malaysia) untuk membincangkan masa depannya.

United tak mahu melantik pengurus baru

Difahamkan Ed Woodward – satu-satunya eksekutif di Manchester United yang mempunyai kuasa memecat dan melantik pengurus pasukan – mahu mengelak daripada situasi melantik pengurus baru di tengah-tengah musim.

Woodward juga mahu mengambil masa sehingga musim panas nanti untuk melantik pengurus baru jika van Gaal berkeras mahu meletak jawatan.

Tetapi jika United masih kalah kepada Derby County dalam pusingan ke-4 FA Cup nanti, Woodward mungkin terpaksa menerima perletakan jawatan van Gaal.

Ferguson tak tahu apa-apa

The Guardian turut melaporkan bekas pengurus United paling berjaya, Sir Alex Ferguson yang kini berkhidmat sebagai pengarah kelab, tidak tahu-menahu tentang masa depan van Gaal dan keputusan Woodward.

Dalam buku biografinya, My Autobiography, Ferguson menjelaskan Woodward sentiasa berkomunikasi dengan pengerusi kelab, Joe Glazer.

Dan keluarga Glazer menyerahkan kepada Woodward bulat-bulat untuk menentukan siapa pengurus United seterusnya.

Ketika David Moyes dipecat, Ferguson mengaku tidak tahu apa-apa tentang keputusan tersebut kerana Woodward tidak pernah berbincang dengan pengarah-pengarah kelab yang lain seperti Sir Bobby Charlton, David Gill dan Mike Edelson.

Siapa selepas van Gaal?

Louis van Gaal pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai pengurus Barcelona pada tahun 2000 selepas 3 tahun di kelab Catalan tersebut.

Beliau juga pernah meletak jawatan sebagai pengarah teknikal Ajax Amsterdam pada 2005 dan hampir melakukan perkara sama di AZ Alkmaar ketika mengurus kelab tersebut dari 2005 hingga 2009.

Jika van Gaal dipecat atau meletak jawatan, Woodward perlu mempertimbangkan beberapa calon yang berminat.

Jose Mourinho adalah calon yang ideal, selepas Pep Guardiola dikhabarkan akan mengambil alih Manchester City, meskipun L’Equipe, melaporkan Pep Guardiola telah berjumpa dengan eksekutif United di Paris.

Ryan Giggs adalah satu lagi calon, tetapi berkemungkinan besar atas kapasiti pengurus sementara saja.

Baca juga: Luahan Hati Penyokong Manchester United Mengenai Taktikal ‘Boring’ LVG

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN