Terengganu bakal memperkenal 2 pemain import baharu pada pertengahan musim ini – lapor Sinar Harian.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh pengendali mereka iaitu Irfan Bakti.
2 pemain ini bakal menggantikan 2 pemain import sedia ada iaitu pemain tengah iaitu Lutffula Turaev dan juga penyerang Federico Falcone.
Manakala 2 lagi pemain import yang sedia ada iaitu Issey Nakajima-Farran dan juga Lazaro Vinicious akan dikekalkan oleh pasukan Terengganu.
Elak dirampas
Akan tetapi, Irfan memilih untuk tidak mendedahkan butiran dengan lebih lanjut siapakah 2 pemain import baharu bagi pasukan Terengganu itu.
Hal ini kerana, beliau risau pemain baharu itu bakal dirampas oleh pasukan lain sebelum pemain itu sah bersama Terengganu.
Namun begitu, Irfan memberi bayangan dimana pemain yang menggantikan Turaev adalah seorang pemain dari Brazil manakala tiada pembayang dari manakah pemain yang menggantikan Falcone itu dari beliau.
Terengganu juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan FELDA United dan juga Pahang sebagai persiapan mereka menentang pasukan-pasukan Liga Super dalam saingan Piala Malaysia.
Terengganu diletakkan dalam Kumpulan D di saingan Piala Malaysia pada musim ini bersama-sama JDT, Selangor dan juga Sarawak.