Luqman Hakim Sekadar Berstatus ‘Kuda Latihan’ Di Luar Negara

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin boleh dianggap kini masih sukar untuk mendapat lebih banyak peluang beraksi di luar negara walaupun sudah berpindah kelab dengan status pinjaman.

Anak jati Kelantan ini mula dikenali ramai selepas ketajaman beliau pada awal pembangunan di pentas antarabangsa sehingga mendapat perhatian media antarabangsa sebelum itu.

Kejayaan Luqman sekali gus menarik minat kelab berpangkalan di Belgium iaitu K.V Kortrijk setelah beraksi seketika bersama Selangor 2 di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun begitu, perjalanan karier Luqman di Eropah tidak begitu baik selepas beliau tampil begitu sukar untuk mendapat peluang beraksi serta lebih banyak menghabiskan masa dalam sesi latihan.

Enggan terus ketinggalan, Luqman dipinjamkan pula bersama Njarðvík FC dan tidak banyak perkembangan dapat disaksikan oleh bintang muda Harimau Malaya itu.

Ketika ini, Luqman terus dipinjamkan oleh K.V Kortrijk dengan menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu beraksi dalam saingan divisyen ketiga di Jepun bersama YSCC Yokohama dan perkembangan beliau akan terus dipantau.

Malah, Luqman juga menjadi sandaran penting buat skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) kini dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar dan telah pun beraksi pada perlawanan pertama menentang Uzbekistan.

Tetapi, apa yang diharapkan oleh peminat mengenai sentuhan Luqman jelas mengecewakan apabila beliau gagal untuk meledak sebarang gol serta memberi ancaman lebih tinggi buat pasukan lawan.

Tampil dengan pandangan tersendiri, jurulatih berpengalaman iaitu Sulaiman Hussin memberi pendapat mengenai karier semasa Luqman yang mungkin sepatutnya menyertai saingan di Asia Tenggara terlebih dahulu bagi mengembalikan semula sentuhan berbisa pemain berkenaan.

Ini kerana Sulaiman berpendapat perjalanan Luqman di Eropah atau Jepun kini tidak ubah seperti ‘kuda latihan’ sahaja buat pasukan diwakili beliau dan kurang diberi peluang pada perlawanan sebenar.

“Satu saya puji Luqman ini, apabila dia terus berusaha untuk cuba dapatkan tempat di luar negara. Cuma apabila kita bersaing di peringkat global maksudnya nak dapat tempat bermain di Eropah, ataupun di negara negara Asia yang kuat.

“Faktor fizikal ini sebenarnya subjektif, tapi apabila asas dan kebolehan individu tak capai piawaian standart liga itu mahukan, kita hanya akan jadi kuda latihan saja.

“Keyakinan jurulatih untuk beri kita bermain dalam perlawanan sebenar tak ada, sebab tak capai. Oleh itu cadangan saya kepada Luqman adalah jika dia masih nak berkelana di luar negara, cuba dapatkan peluang di sekitar Asia Tenggara.

“Mainlah di Thailand ke, main di Vietnam ke atau di Indonesia. Luqman ini kalau dia nak jadi bagus dia kena bermain, bukan sekadar berlatih…yang berlaku kepada Luqman sekarang ialah dia sekadar macam ‘kuda latihan’ sahaja.

“Nampaklah nama dia didaftarkan sebagai pemain, tetapi apa benda yang dapat beri manfaat kepada dia. Perlawanan sebenar tidak bermain ataupun jarang bermain, atau sekali sekala bermain.

“Tapi apabila lama tak main perlawanan besar dengan intensiti tinggi dia takkan capai dan jurulatih takkan beri dia peluang bermain.

“Ini bukan macam Liga Malaysia yang boleh beri peluang lima minit atau 10 minit, tapi bila pergi luar negara ‘expectation’ mereka umur 17 atau 18 dah kena main dalam pasukan pertama di mana ‘demand’ kat sana terlalu tinggi,” kata Sulaiman menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, bekas pengendali UKM FC itu juga menyifatkan hanya Kedah Darul Aman, Terengganu, serta Selangor sahaja pasukan sesuai buat Luqman untuk mengembangkan karier jika beliau kembali di Malaysia.

“Dia kena pilih pasukan yang boleh beri minit dan peluang bermain disamping bermain bersama rakan sepasukan yang di tahap tinggi. Janganlah balik nak main kelab-kelab kecil nanti tak dapat serlahkan potensi diri dia,” kata beliau akhir sekali.

Apapun, Luqman pastinya enggan mengalah kini bersama skuad kebangsaan B-23 dan semoga beliau terus bangkit untuk membuktikan dirinya layak menjadi penyerang masa depan Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN