Luqman Hakim & Nooa Laine Dipanggil Sertai Latihan Skuad B-23 Negara

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin antara muka baharu yang dipanggil skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) untuk kem latihan pusat sebelum menghadapi aksi kelayakan Piala Asia B-23 bulan hadapan.

Aksi yang bakal berlangsung di Chonburi, Thailand itu menyaksikan E. Elavarasan membuat sedikit perubahan dalam kalangan pemain berbanding ketika mereka menghadapi aksi Piala AFF B-23 beberapa hari lalu.

Beberapa rombakan jelas terpaksa dibuat Elavarasan selepas pasukan itu tampil dengsn sedikit hambar ketika saingan lalu sehingga mereka mendapat kritikan daripada segelintir penyokong.

Malah, mereka juga gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum itu untuk melangkah ke final dengan menamatkan cabaran di kedudukan keempat terbaik sahaja.

Menyedari kelemahan-kelemahan dimiliki itu, Elavarasan telah menyenaraikan ramai pemain baharu termasuk dua tonggak negara yang kini beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim serta Nooa Hamzah Laine.

“Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23 bermula Rabu, 30 Ogos 2023 untuk persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand bermula 6 hingga 12 September 2023,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Luqman pastinya menjadi sensasi kini selepas beliau sudah lama tidak menyarung jersi skuad kebangsaan, dan aksinya pasti dinantikan para penyokong untuk melihat perkembangan semasa beliau.

Kini, beliau berada di Iceland selepas dipinjamkan oleh K.V Kortrijk untuk mewakili Njarðvík FC dalam saingan divisyen teratas selaku salah seorang penyerang muda pasukan tersebut.

Nama Nooa Laine juga antara paling mencuri tumpuan selepas pemain tersebut sudah pun menyinar sebelum ini bersama pasukan senior di pentas antarabangsa, dan pengalaman beliau di Finland pastinya menjadi tarikan utama buat Elavarasan.

Bintang muda lain turut dipanggil kali ini ialah Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal Adam Afkar, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan, T. Saravanan, Haqimi Azim, serta Sikh Izhan Nazrel antara yang sebelum ini tidak beraksi dalam saingan Piala AFF B-23.

Elavarasan turut mengekalkan beberapa pemain pada saingan lalu yang dianggap cukup menyerlah seperti Najmudin Akmal, Fergus Tierney, serta penjaring terbanyak Piala AFF B-23 iaitu Alif Ikmalrizal.

“Berdasarkan senarai di atas, Elavarasan telah mengekalkan 14 daripada 23 pemain skuad Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada 17 hingga 26 Ogos lalu, antaranya termasuk beberapa muka baharu seperti Hariz Mansor, M. Rakesh, Saiful Jamaluddin dan penjaring terbanyak kejohanan, Alif Ikmalrizal Anuar.

“Sementara baki 11 pemain lain yang dipanggil kali ini terdiri daripada sembilan pemain dari skuad Sukan SEA 2023 yang tidak berada dalam senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan, T. Saravanan, Haqimi Azim Rosli, Azrin Afiq Rusmini dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine.

“Daripada 25 pemain tersebut, hanya 23 pemain akan berada dalam senarai akhir apabila skuad Harimau Malaya B-23 berlepas ke Thailand pada 4 September ini,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas FAM, Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan H bakal memulakan kempen tersebut pada 6 September untuk membuat perhitungan sulung menentang Bangladesh sebelum berdepan cabaran Filipina serta tuan rumah, Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN