Luqman Hakim Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia B-19

Ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak telah memanggil 24 pemain muda untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat Fasa 2 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari ini hingga 29 Januari 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejohanan AFF B-19 dan Kelayakan AFC B-19 2020 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai dan September 2019.

Sebelum ini, Hodak telah memanggil seramai 28 pemain bagi kem latihan pusat Fasa 1 bermula dari Selasa lalu, 15 Januari lalu hingga Ahad, 20 Januari 2019.

Senarai pemain yang dipanggil ke latihan pusat fasa 2 skuad Malaysia B-19.

Daripada senarai 24 pemain tersebut, salah satu nama yang mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan ialah pemain daripada Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) iaitu Luqman Hakim Shamsudin.

Beliau merupakan penyerang prolifik skuad Malaysia B-16 dibawah kendalian Lim Teong Kim dan merupakan produk daripada Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP).

Lebih menarik, beliau juga merupakan penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan menjadi pemain pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah tersebut selepas menjaringkan 5 gol ke atas Tajikistan dan Thailand.

Aksi Luqman Hakim ketika menentang Thailand dalam kejohanan AFC B-16. FOTO: AFC

Bagaimanapun, skuad Malaysia B-16 kendalian Lim Teong Kim tersingkir di peringkat kumpulan selepas merekodkan satu kemenangan dan dua kekalahan turut gagal mencapai sasaran utama mereka layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Dengan pengalaman yang ada pada Luqman diharapkan dapat membantu skuad Bojan Hodak yang masih mencari penyerang tulen selepas ketiadaan Hadi Fayyadh dan Zafuan Azeman yang sudah melebihi usia 19 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN