“Luqman Dan Hadi Nak Buktikan Sesuatu” – Mukhairi Ajmal Dedah Aspek Serangan Dipertajamkan Skuad B-23

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) dilihat bakal tampil dengan pembaharuan positif menerusi aspek taktikal serangan untuk saingan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Tashkent, Uzbekistan berbanding ketika saingan Sukan SEA lalu.

Menurut kapten pasukan iaitu Mukhairi Ajmal, beliau mendedahkan barisan pemain serangan antara yang giat berlatih dalam usaha untuk menajamkan kualiti penyudah menerusi latihan tambahan dibuat untuk penghasilan gol.

Jelas Mukhairi, beliau sendiri melihat dalam sesi latihan para pemain tonggak serangan seperti Luqman Hakim Shamsuddin dan Hadi Fayyadh banyak menekankan aspek penyudah mereka sejak dua tiga hari lalu agar lebih bersedia menghadapi mana-mana lawan di saingan Sukan Asia B-23 ini.

“Bagi saya setakat ini kekurangan kita…kita punya penyudah, tapi saya tengok Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh saya nampak dia orang nak buktikan sesuatu dari segi membuat penyudah.

“Saya nampak kebanyakan pemain buat tambahan latihan dalam penyudah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini menerusi Harian Metro.

Skuad kendalian Brad Maloney berdepan tugas getir dalam perlawanan pertama mereka apabila bakal berdepan juara bertahan, Korea Selatan pada Khamis ini dalam saingan peringkat Kumpulan C Stadium Lokomotiv, Tashkent.

Lawan selepas itu mereka bakal bertemu Thailand sebelum kembali membuat perhitungan bersama Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Rabu depan.

Dalam masa sama, pemain tengah berbakat besar itu juga mengakui aksi sukar pastinya berdepan mereka sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, namun Mukhairi bersama rakan-rakannya kali ini bakal tampil lebih bersedia berbanding sebelum itu.

“Saya tengok persediaan kita setakat ini ada peningkatan sedikit, dan Insya-Allah untuk aksi dengan Korea ini, kita perlu fokus 100 peratus untuk aksi lawan Korea nanti,” katanya.

Pada kejohanan Sukan SEA baru-baru ini, skuad kebangsaan berdepan dengan masalah ketumpulan di bahagian serangan sehingga dikritik oleh ramai pemerhati bola sepak negara.

Selain Luqman dan Hadi, skuad muda kebangsaan ini juga mempunyai barisan pemain serangan lain yang boleh diharapkan seperti Danial Asri, Azfar Fikri, dan Syahir Bashah.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN