Lupakan Siaran Haram Mahupun Kedai Mamak, UEFA EURO 2020™ & EPL Kini Boleh Ditonton Secara Sah Dengan RM15.90 Sebulan*

Sooka Astro

Bayangkan korang ni peminat tegar sukan bola sepak, tapi kat rumah atau bilik tak ada TV nak tonton perlawanan-perlawanan tumpuan terutamanya kejohanan UEFA EURO 2020™ yang dah masuk ke peringkat suku akhir.

Sebelum ni mungkin kedai makan atau rumah kawan-kawan jadi pilihan untuk ‘melepak’ setiap kali kita nak tengok aksi pasukan kegemaran. Tetapi kini dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, semuanya menjadi susah, terlalu banyak kekangan.

Dah sebulan orang lain bersengkang mata dari tengah malam sampai ke pagi bersorak sokong pasukan kegemaran diorang. Dah habis peringkat kumpulan, sambung pula dengan drama pusingan 16. Ada yang gembira bila pasukan mereka mara, tapi ada juga yang mengalir air mata bila pasukan pilihan macam Belanda, Perancis, Portugal dan Jerman tersingkir.

Korang pulak tengok bola kat mana?

Takkan ‘tengok bola’ macam brader kat bawah ini? Tak ke rasa menyesal dan rugi tak dapat tengok secara live detik-detik bersejarah seperti gol Patrick Schick dari jauh, Cristiano Ronaldo pecah rekod penjaring gol terbanyak kejohanan, kejadian mengejutkan Christian Eriksen rebah di atas padang, Mbappe gagal sempurnakan penalti dan banyak lagi.

Jangan jadi macam ini je kami nak bagi tahu. Spoil nanti moment UEFA EURO 2020™ korang.

Mungkin juga ada yang cuba nasib dengan menonton menggunakan ‘siaran haram’ dari beberapa laman web penstriman. Sudahlah banyak iklan pelik-pelik, siaran sangkut-sangkut, jiran sebelah jerit “golllll!!!!!”, korang terpinga-pinga. Rupa-rupanya ‘siaran langsung’ korang tengok tu lewat lima minit.

Jika itulah ‘mimpi negeri’ yang korang sedang hadapi, artikel ini mungkin dapat membantu bagi menyelesaikan masalah besar korang tu.

Nak bagi tahu korang, sekarang ni ada satu platform penstriman baharu bernama sooka yang pastinya cukup menarik untuk ditonton oleh rakyat Malaysia secara digital menerusi smartphone atau laptop. Korang boleh tonton terus di laman web sooka.my atau muat turun aplikasi sooka bagi pengguna Android dan juga iOS.

Mungkin sebelum ni korang runsing kerana satu-satunya cara untuk menonton aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara sah di negara ini adalah dengan melanggan siaran berbayar yang mungkin menelan belanja sekurang-kurangnya RM92.00 sebulan.

Yelah, bukan semua orang mampu dan mahu terikat dengan kontrak dalam tempoh tertentu kan. Apatah lagi jika kita ni bukannya gemar sangat nak tonton rancangan lain di TV selain perlawanan bola sepak luar negara.

Terikat kontrak satu hal, mahal pula tu. Tidak ke menyakitkan kepala sahaja.

Jadi dengan penawaran sooka sebagai penyelesaian, aplikasi ini berkonsepkan penstriman video di mana korang boleh tonton siaran percuma dan berbayar.

Setakat ini hanya ada tiga siaran percuma yang boleh ditonton dengan terdapat iklan yang tersedia. Tapi kalau nak tonton lebih banyak siaran, mudah sahaja, korang hanya perlu naik taraf ke pakej VIP Entertainment atau VIP+Sports atau kedua-duanya sekali dengan akses penuh tanpa sebarang iklan.

Pakej VIP Entertainment menawarkan siaran hiburan yang memaparkan siri tv serta filem-filem tempatan yang sedang trending seperti Project: Anchor SPM, The Maid, Scammer, Rindu Awak Separuh Nyawa, Hantu Bonceng 2.0, Ahli Bapak-Bapak Club, dan Curi-curi Cinta yang boleh dinikmati pada harga RM15.90*.

Tak cukup lagi?

Bulan Julai ini sahaja, ada beberapa filem tempatan menarik yang disajikan untuk tatapan korang. Antaranya Bikers Kental, Tombiruo: Penunggu Rimba, Jebat, Polis Evo 1 & 2, Roda Pans, Scammer dan Mael Totey.

Projek Anchor SPM

Mungkin ni salah satu strategi sooka untuk nak bersaing dan seiring dengan platform penstriman lain yang turut menawarkan rancangan hiburan. Namun fokus artikel ni adalah kepada siaran sukan pakej VIP+Sports yang menawarkan harga langganan RM41.90 sahaja.

Tapi apa yang menarik, bermula 8 Jun sehingga 7 Julai, sooka menawarkan promosi ‘gila’ dengan pelanggan hanya perlu membayar RM15.90* sahaja untuk tiga bulan pertama!

Jadi dengan aplikasi ini, korang boleh tonton semua 51 perlawanan UEFA EURO 2020™ yang bermula  11 Jun lalu dengan harga mampu milik. Apa yang korang perlukan hanyalah peranti mudah alih atau gajet yang tak pernah lekang dari tangan korang sepanjang hari tu.

Mungkin korang rasa langganan secara bulanan tu membazir sebab pasukan yang disokong tu satu je, buat apa nak tengok semua perlawanan. Takde masalah, korang boleh beli pas untuk tonton satu perlawanan dengan harga RM7.90 sahaja.

Asal pemain nak skor je, waktu itu jugalah ada benda lain kena buat.

Pernah tak masa tengah layan siaran langsung perlawanan bola sepak, korang terlepas gol disebabkan pergi ke dapur buat kopi atau pun pergi ke tandas sekejap untuk melepaskan hajat? Tau-tau je, eh dah 1-0. Mesti pernah kan.

Dengan sooka, tak perlu lagi bimbang terlepas momen-momen penting pasukan kegemaran korang tu, sebab siaran langsung tu kan ditonton terus di gajet atau telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Jadi nak tengok sambil masak atau sambil duduk atas jamban pun tak ada masalah!

Lepas habis UEFA EURO 2020™ nanti, bermula Ogos korang yang ‘kaki bola’ ini boleh tonton semua aksi liga atau kejohanan utama bola sepak Eropah seperti EPL, La Liga, Serie A, Ligue 1, Bundesliga, Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa (UEL) dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, dengan sooka korang boleh akan diberikan akses eksklusif untuk layan aksi sukan-sukan lain seperti Kejohanan Badminton Dunia BWF, MotoGP, Formula 1, Wimbledon Grand Slam, UFC dan dalam masa terdekat ini siaran langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Korang juga tidak perlu risau mengenai masalah terikat dengan kontrak dalam tempoh tertentu. Agak-agak dah bosan, atau bajet bulanan nak kena kurangkan, langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

sooka yang mengambil perkataan ‘suka’ ini selari dengan ‘norma baharu’ dan gaya hidup digital masyarakat pada hari ini yang membolehkan pengguna menonton kandungan kegemaran mereka menerusi telefon pintar atau gajet.

Kejohanan UEFA EURO 2020™ kali ini menyaksikan 24 pasukan Eropah berentap di 11 bandar berbeza. Pada edisi lalu, Portugal muncul juara selepas menewaskan tuan rumah Perancis 1-0 menerusi gol pada masa tambahan. Tapi kali ini, sudah pasti akan ada juara baharu selepas kedua-dua finalis ini sudah ‘dihumban keluar’ dari kejohanan.

Jadi pasukan manakah yang orang rasa akan dinobatkan selaku juara Eropah pada tahun ini? Daripada lapan pasukan terakhir ini mungkin Sepanyol, Itali, Belgium atau England menjadi pilihan, tetapi jangan kita lupa pasukan underdog seperti Denmark, Ukraine, Switzerland atau Republik Czech juga mampu membuat kejutan.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh lawati laman web sooka.my atau semua platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Jadi tunggu apa lagi, muat turun aplikasi ini sekarang di Google Play dan App Store!
*Tertakluk pada terma.



Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN