Lupakan Sahaja Taktikal Dengan False 9?

Idea untuk meletakkan Syafiq Ahmad sebagai penyerang utama dalam sistem 4-3-3 telah banyak menerima komen berbeza.

Ada yang menyatakan ia bukan idea yang bagus kerana Syafiq Ahmad jelas bukan target man yang baik dan kerap tidak berada di dalam kotak penalti apabila serangan dari sayap bergerak ke atas.

Sebenarnya Syafiq Ahmad memang bukan pemain no.9 tulen. Dan secara langsung meletakkan beliau di peranan paling atas membuatkan Malaysia bermain false 9.

Foto: PFAM

Tetapi sebenarnya kita harus menerima hakikat bahawa mungkin itu satu satunya sistem terbaik yang Tan Cheng Hoe miliki ketika berhadapan Thailand dengan beberapa pemain cedera.

Persoalannya adakah Tan Cheng Hoe bereksperimentasi dengan sistem. Kami boleh katakan ya.

Pastinya di dalam bola sepak bukanlah satu pilihan yang bijak untuk bereksperimentasi dalam perlawanan penting.

Tetapi bagi eksperimentasi Tan Cheng Hoe tempoh hari, ianya bukanlah gagal total.

Kerana para pemain dilihat mulai faham cara bermain dengan false 9. Walaupun jauh daripada bagus namun ianya tidak teruk.

Syafiq Ahmad sebelum ini efektif dalam peranan no.8 ataupun no.10 dalam sistem Tan Cheng Hoe. Jika lebih daripada itu ataupun kurang daripada no.8 beliau akan bergelut.

Sebenarnya, sukar untuk tidak bereksperimentasi dalam pasukan kebangsaan. Ia berbeza dengan kelab. Kerana pasukan kebangsaan sedikit masa nak bermain bersama.

Cuma kita mengharapkan para pemain akan terus belajar cara bermain dengan sistem yang pelbagai seperti ini. Ianya boleh menjadi plan B, C Ataupun plan A.

Dalam sistem dengan false 9, ia akan, membenarkan 2 penyerang sayap untuk lebih cepat ‘advance’ ke dalam kotak penalti.

Dari segi jenis pemain, kami yakin sistem false 9 dengan serangan bertiga ini.

Namun perlaksanaannya masih perlu digilap lagi. Ketiga tiga mereka memerlukan lebih banyak pemahaman taktikal dan memahami antara satu sama lain.

Syafiq Ahmad pemain no.10 yang kerapkali bermain sebagai false 9 di dalam kariernya. Jadi itu bukan masalah untuk beliau. Cuma dalam aksi berhadapan dengan Thailand, connection beliau dengan winger agak terputus dan beberapa rembatan liar.

Combination play juga perlu ditingkatkan lagi.

Mohamadou Sumareh Malaysia Training
FOTO: FAM

Seterusnya beliau memiliki aset untuk melakukan gol dengan duel di udara.

Mungkin kita masih menunggu impak daripada Safawi dan Sumareh yang lebih kuat dalam pasukan ini. Apabila 2 pemain sayap ini lebih prolifik di Harimau Malaya, maka kita tidak terlalu berpaksi kepada mencari sebab kenapa penyerang utama tak skor gol.

Ketika ini Safawi masih mencari sentuhan di kelab di dalam pasukan kebangsaan. Sumareh pula masih lagi memerlukan banyak latihan untuk penyudah gol.

Rumusannya, eksperimentasi Tan Cheng Hoe dengan false 9 bukanlah masalah yang besar. Kita cuma berharap para pemain memberikan aksi terbaik secara teknikal dan taktikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN