Lupakan Dulu Soal Kontrak, Nafuzi Yakin Potensi TFC Melangkah Jauh Di Piala AFC

Nafuzi Zain Terengganu FC hujung saingan liga super 2021 Piala AFC 2023

Adakah skuad Terengganu FC yang ada kini mampu melangkah jauh di kempen Piala AFC 2023, jawapan daripada Nafuzi Zain, “Boleh pergi jauh.

Melihatkan format pertandingan Piala AFC musim depan, ia akan sedikit berbeza apabila kejohanan dijangka berlanjutan sehingga ke tahun 2024.

Piala AFC 2023 dijangka akan membuka tirai pada pertengahan September dengan peringkat kumpulan dijangka hanya akan berakhir pada Disember.

Terengganu layak ke kejohanan tersebut selepas berhasil menamatkan saingan Liga Super 2022 di tangga kedua – dua mata di depan Sabah FC.

Dengan kejohanan tersebut dijangka berlanjutan sehingga ke tahun 2024, timbul persoalan tentang kewajaran tawaran kontrak setahun kepada Nafuzi yang dilihat cemerlang membimbing skuad dari Pantai Timur itu.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu FC pada 25 Oktober telah bersetuju menawarkan kontrak setahun buat Nafuzi atas pencapaiannya.

Adakah pencapaian pasukannya musim ini tidak cukup meyakinkan?

Malah, Pengarah Action Football Asia, sebuah agensi ejen pemain, Effendi Jagan juga tampil di Astro Arena menyatakan kehairanannya tentang tawaran setahun kontrak buat Nafuzi sekitar Oktober yang lalu.

Ini kerana, sebaik sahaja kontraknya meniti ke penghujung, saingan kejohanan kedua tertinggi di Asia itu baru menamatkan aksi peringkat kumpulan. Jadi, apa sahaja boleh berlaku kepada masa depannya.

Semuanya BOLA telah bertanyakan kepada Nafuzi tentang kontrak yang ditawarkan kepadanya – jika terdapat sebarang perubahan selepas melihat kepada saingan Piala AFC yang bakal berlanjutan sehingga ke tahun 2024, beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang kandungan kontrak tersebut.

Begitupun, Nafuzi telah melontarkan keyakinan yang skuad Terengganu yang dibimbingnya musim ini dilihat boleh melangkah jauh dalam pentas Piala AFC waima belum membuat keputusan tentang masa depannya.

“Betul. Kalau [Terengganu] layak, Piala AFC [akan] habis 2024.”

“Rasa [Terengganu] boleh pergi jauh. Kalau tengok sekarang, kelab-kelab Malaysia macam KL City main Piala AFC boleh masuk final sebab tahap liga kita dah banyak meningkat naik. Kedah juga main hingga ke semifinal [Zon Asean].”

Nafuzi Zain

KL City Pastikan Malaysia Kekal Jadi Negara ASEAN Terunggul Dalam Ranking AFC

Jika dilihat, kejayaan KL City mara ke pentas final Piala AFC, Kedah ke separuh akhir Zon Asean selain kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) membantu Malaysia unggul sebagai negara Asean terbaik kutipan mata ranking AFC.

Ini menjadikan liga dan pasukan dari Malaysia sebagai antara yang terbaik di Asean. Jadi, potensi Terengganu mara jauh tidak boleh dipersoalkan, sebagaimana keyakinan yang telah dilontarkan Nafuzi tentang potensi untuk anak buahnya melangkah jauh di kejohanan tersebut nanti.

Ditanya tentang isu kontraknya, beliau enggan mengulas lanjut disebabkan fokusnya ketika ini hanyalah mahu melakar sesuatu di Piala Malaysia.

Terengganu ketika ini beraksi di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2022 dan telah bertemu KL City untuk pusingan pertama di Stadium KLFA, Cheras. Sang Penyu telah membawa pulang bekalan satu gol – sumbangan Kpah Sherman untuk aksi timbal balik di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Ditanya tentang potensi skuad kendaliannya melangkah ke pentas final, beliau tidak terlalu memikirkan. Katanya, “Saya fikir KL City dahulu, lepas satu persatu. Bukan senang, semua perlawanan agak sukar. Lepas KL City, Negeri Sembilan atau Selangor menanti. Final masih jauh untuk difikirkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN