Lupakan Dion Cools, Dia Tak Terlibat Pun Dalam Persediaan Untuk Piala AFF

Aidil Zafuan Dominic Tan Irfan Zakaria Malaysia Dion Cools Piala AFF 2020

Rasanya kisah pertahanan, Dion Cools yang tidak menyahut seruan skuad kebangsaan sudah boleh ditutup kerana pada dasarnya, beliau tidak akan terlibat dalam persediaan untuk saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Beliau sudah tampil menjernihkan keadaan dengan kenyataan tentang kecederaan serius yang dialaminya. “Saya mengalami kecederaan yang serius/retak dan tidak beraksi secara 100 peratus sejak daripada itu.”

“Pihak kelab dan diri saya sendiri telah bersetuju untuk menggunakan tempoh masa rehat [rehat perlawanan antarabangsa] untuk melakukan proses pemulihan,” jelasnya di laman Instagram peribadinya, semalam.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pengendali, Tan Cheng Hoe sebelum ini, beliau mahu menguji pemain-pemain baharu untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF, Disember nanti.

Jadi, penyenaraian Dion Cools sebelum ini lebih kepada untuk memberikan penampilan antarabangsa dan membentuk kesefahaman lebih jitu bersama skuad Harimau Malaya untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023. Ketiadaannya tidak menjejaskan perancangan pasukan yang dalam proses persediaan untuk Piala AFF.

Ini disebabkan ketika Piala AFF berlangsung, liga di Eropah terus berjalan kerana ia tiada dalam kalender FIFA.

Fokus kini lebih terarah kepada pembentukkan gandingan bek tengah bersama Aidil Zafuan untuk saingan tersebut. Ini lebih penting kerana seperti yang kita ketahui gandingan terbaiknya, Shahrul Saad masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan dan belum diturunkan bermain sejak kali terakhir pada Mei lalu.

Cuma menjadikan ia sedikit terjejas adalah apabila dua bek tengah meningkat naik dari Selangor FC, Sharul Nazeem dan Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hani juga tidak dapat bersama skuad kebangsaan.

Cheng Hoe memiliki pilihan terhad untuk diuji gandingan mereka dan yang tinggal dalam skuad kebangsaan ketika ini adalah Aidil Zafuan, Irfan Zakaria dan Dominic Tan. Tetapi, ini peluang terbesar buat Dominic Tan.

Berbanding Irfan Zakaria, Dominic Tan jarang sekali mendapat peluang dan hanya meraih tiga kaps sejak membuat penampilan sulung pada Jun 2019. Berusia 24 tahun dan bermain di Thai League 1 bersama Police Tero FC, ini merupakan peluang terbesar yang wajar direbutnya untuk lebih meyakinkan Cheng Hoe.

Untuk musim ini, selepas lima perlawanan, Dominic Tan belum diturunkan dan tiga kali disenaraikan di bangku simpanan. Musim lalu, beliau tampil dalam 15 aksi dengan enam daripadanya dalam kesebelasan utama.

Untuk skuad B-23 negara, seperti yang kita ketahui, beliau tampil cemerlang dalam sistem bek bertiga yang diterapkan Datuk Ong Kim Swee terutamanya ketika mereka layak ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 2018.

Rasanya ini peluang terakhir sebelum saingan Piala AFF, Disember depan. Kita boleh jangkakan kejutan untuk mungkin pemain seperti Sharul Nazeem dan Shahrul Nizam dipanggil, namun Irfan Zakaria dan Dominic Tan akan menjadi perhatian untuk dua perlawanan persahabatan berdepan Jordan dan Uzbekistan kali ini.

Oleh itu, ketiadaan Dion Cools yang tiada dalam perancangan Piala AFF dan ‘kehilangan’ Shahrul Nizam tanpa berita sebelum ini, tidak wajar dipanjangkan lagi dengan kisah tidak sepatutnya. Biar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tentukan apa yang akan mereka lakukan kepada kedua-dua pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN