Malaysia menghadiahkan kekalahan terburuk buat Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Sukan SEA 2023 dalam aksi sebelah petang tadi.
Walaupun sudah terlambat, tetapi kemenangan besar 7-0 Malaysia ke atas Singapura memberi makna yang besar dalam Derbi Seberang Tambak.
Ia merupakan kekalahan terbesar Singapura di Sukan SEA sejak edisi 1971. Malah, ia kekalahan terbesar dalam sejarah ke atas musuh serantau itu.
Kekalahan tersebut menyaksikan ‘The Lions’ menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan, tanpa sebarang kemenangan dengan satu mata hasil terikat tanpa jaringan menentang Laos dalam aksi ketiga.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Khamis, 11 Mei 2023
SINGAPURA 🇸🇬 0-7 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ T. Saravanan 14’ 48’ 53’ 62’ Haqimi Azim 45’+2’ Mukhairi Ajmal 87’ Aiman Afif 90’+3’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/WUv4kDD9Iz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 11, 2023
Kekalahan terburuk pernah dicatat mereka di pentas Sukan SEA adalah pada edisi 1971, tewas 1-8 kepada Burma (kini Myanmar) di Kuala Lumpur.
Ini adalah kekalahan terburuk kedua mereka di pentas Sukan SEA. Ia juga kekalahan terburuk sejak kejohanan ini menjadi saingan bawah umur.
Malah, ini juga kali pertama mereka tidak mencatatkan kemenangan dalam saingan Sukan SEA sejak 1987. Tentunya ia sesuatu yang sukar ditelan.
‘Rumah Terbuka Aidilfitri’ Malaysia bermula dengan jaringan pembukaan oleh T Saravanan pada minit ke-14 sebelum penyerang, Haqimi Azim meletak Malaysia dua gol di depan pada penghujung babak pertama.
Saat ini dilihat, Singapura masih ampuh dan hanya akan kalah tipis.
Lagipun, ini adalah perlawanan melibatkan maruah antara kedua-dua pasukan yang sudah tersingkir di edisi kali ini. Derbi Seberang Tambak ini sentiasa sengit dan dihidangkan dengan drama-drama panas pasukan.
Saravanan Thirumurugan bagged an outstanding four goals as 🇲🇾 Malaysia finished their 32nd SEA Games men's football campaign with an astounding 7-0 thrashing of rivals 🇸🇬 Singapore! #SEAGames32 pic.twitter.com/U0Cj4m2jCm
— ESPN Asia (@ESPNAsia) May 11, 2023
Namun, kali ini ia dilihat seperti memihak sepenuhnya kepada Malaysia.
Kapten, Mukhairi Ajmal memainkan peranan penting sepanjang aksi.
Harapan Singapura untuk bangkit di babak kedua dimusnahkan oleh jaringan ketiga Malaysia dan kedua Saravanan pada minit ke-48. Lima minit berselang, Saravanan sekali lagi menambah gol untuk hatrik peribadi.
Gandingan Haqimi dan Saravanan terus menjadi duri dalam daging buat musuh seberang tambak itu apabila jaringan ke-4 diledak Saravanan.
Ini meletakkannya sebagai salah seorang pendahulu carta penjaring terbanyak kejohanan kali ini dengan empat gol bersama dua lagi pemain, Fajar Fathur Rahman dari Indonesia dan Nguyen Van Tung dari Vietnam.
Dua lagi tambahan gol skuad muda negara dijaringkan oleh Mukhairi dan Aiman Afif, tiga minit menuju ke wisel penamat, menghadiahkan kekalahan terburuk kedua Singapura di Sukan SEA sejak 1971 – tewas 1-8 kepada Burma.