‘Lunyai’ Dibelasah Melaka United, Malapetaka Apa Yang Menimpa Penang Musim Ini?

Melaka United Penang Liga Super

Kalah atau menang memang sudah menjadi lumrah dalam sukan bola sepak, tetapi penyokong Penang ternyata tidak dapat menerima keadaan pasukan yang kerap mempamerkan aksi buruk dan longlai di atas padang.

Terbaharu skuad kendalain Zainal Abidin Hassan ini dibelasah pasukan pertengahan Liga Super, Melaka United dengan kekalahan 4-1 di Stadium Hang Jebat yang menyaksikan mereka terus terperosok di dasar liga selepas mengharungi 13 perlawanan.

Keputusan untuk memecat Thomas Trucha dan membawa masuk Zainal Abidin Hassan jelas tidak membawa sebarang impak yang besar ke dalam pasukan setakat ini yang hanya mampu meraih satu kemenangan.

Momentum kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA selepas menyingkirkan Sri Pahang tempoh hari ternyata gagal untuk diteruskan atau mungkin boleh dikatakan sekadar ‘bernasib baik’ memandangkan pasukan lawan juga sedang bergelut dengan prestasi.

Maka ia menimbulkan persoalan siapakah yang sepatutnya memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk pasukan, barisan kejurulatihan atau pihak pengurusan?

Seawal minit keempat, Melaka United memulakan pesta menerusi jaringan penyerang import Emmanuel Oti yang menyudahjan hantaran Adriano Narcizo.

Kali ini giliran Adriano pula mencetak namanya selaku penjaring gol apabila rembatan kencangnya gagal diselamatkan penjaga gol pelawat Hafizul Hakim untuk menjadikan kedudukan 2-0 yang kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah terus bernafsu dengan menambah gol ketiga pada minit ke-58 menerusi penyerang sensasi mereka Ifedayo Omosuyi yang dimulakan dengan gerakan berpasukan yang cukup menarik.

Sony Norde yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan terus cemerlang mencipta jaringan buat pemain import dari Filipina, Justin Baas menghasilkan gol keempat selepas satu jam perlawanan berlangsung.

Penang akhirnya berjaya membawa pulang gol sagu hati menerusi sepakan percuma Lucas da Silva pada penghujung perlawanan.

Tiga mata penuh yang diraih di tempat sendiri itu meletakkan skuad Hang Tuah itu naik ke tangga keenam liga dengan 16 mata memintas Terengganu dan Kuala Lumpur City selepas mengharungi 12 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN