Lulus Lesen Buatkan Kedah Bersemangat Untuk Ke Asia

Pasukan Kedah kini berada dalam motivasi yang sangat baik untuk meraih lebih banyak kejayaan pada musim akan datang.

Ini selepas Lang Merah berjaya lulus dalam perlesenan oleh FAM dan juga AFC. Musim sebelum ini, Kedah pernah dihampakan oleh kegagalan mendapatkan lesen AFC. Membuatkan mereka tidak layak beraksi dalam kejohanan kelab serantau.

Setiausaha Kehormat KFA Mohd. Asmirul Anuar Aris juga menganggap perkembangan ini telah menyuntik lagi semangat para pemain, menjelang aksi menentang PKNP FC.

Dipetik dari sumber Kedah FA, Asmirul berkata:

“Berita yang diterima petang tadi melalui surat dari En. Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung FAM bertarikh 27 September 2019 cukup melegakan saya dan pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA). KFA lulus tanpa syarat perlesenan kelab bagi peringkat kebangsaan dan AFC bagi musim 2020.”

“Berita ini sebenarnya tiba pada masa yang tepat, suntikan motivasi bukan sahaja kepada pentadbiran KFA namun juga buat pasukan Liga Super Kedah yang mendapat slot play-off AFC Champions League musim 2020.”

“Ini selepas Kedah menjuarai kejohanan Piala FA Malaysia 27 Julai lepas. Pasti pemain lebih bersemangat mengejar kejuaraan Piala Malaysia 2019 yang ketika ini beraksi di peringkat Suku Akhir.”

Aidil

“Untuk makluman, hanya pasukan yang mendapat kelulusan perlesenan kelab dibenarkan beraksi dalam kancah Liga Super musim 2020 dan perlesenan bagi peringkat AFC membolehkan sesuatu kelab beraksi di kejohanan peringkat Asia.”

“Ini merupakan kali ketiga KFA mendapat kelulusan Perlesenan Kelab Peringkat Kebangsaan sejak musim 2018 dan kali kedua bagi Perlesenan Kelab AFC sejak musim 2019. Kedah terlepas beraksi Piala AFC musim 2018 (sebagai Juara Piala FA 2017) musim tersebut selepas dimaklumkan saat akhir oleh badan ‘Appeal Body’ FAM yang KFA tidak berjaya mendapatkan lesen AFC hanya kerana aspek teknikal.”

“Usaha keras semua pihak dan pengurusan tertinggi KFA diterajui oleh Setiausaha Eksekutif KFA merangkap Pengurus Perlesenan Kelab KFA, En. Shahrul Samsudin dalam mengharungi proses piawaian pengurusan bolasepak moden yang ditetapkan Badan Perlesenan FAM, lulus melalui badan perlesenan ‘First Instance Body’.”

“Dan dimaklumkan antara dokumen yang paling lengkap bagi semua pemohon lesen pastinya melegakan pengurusan yang selepas ini dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia 2019 dan pembentukan pasukan bagi musim 2020 bagi mengharungi Liga Super dan Play-Off AFC Champions League 2020.”

“Penarafan Perlesenan Kelab buat KFA kali ini memberi suntikan moral untuk terus berusaha keras mencipta kejayaan di musim 2020.”

“Tahniah buat semua pihak terutamanya YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir atas sokongan penuh dan semua pihak pentadbiran yang bertungkus lumus memastikan Kedah FA beraksi diperingkat kebangsaan dan Asia.”

Semalam, FAM mengumumkan 12 pasukan (9 MSL dan 3 MPL) berjaya lulus dalam perlesenan kelab. 6 daripada pasukan tersebut layak memiliki lesen AFC iaitu JDT, Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu.

Fokus Kedah seterusnya adalah Piala Malaysia. Mereka cuma ada kelebihan 1 gol berbanding dengan PKNP FC menjelang suku akhir kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN