Luke Shaw: “Mourinho Harus Tetap Dihormati Diatas Jasanya Bersama Pasukan”

Shaw

Pertahanan Manchester United, Luke Shaw meminta agar semua pihak tetap menghormati Jose Mourinho meskipun pengendali dari Portugal itu telah dipecat dari jawatannya sebagai pengurus pasukan minggu lalu.

Menurut Shaw, beliau beranggapan Mourinho harus tetap diberi penghormatan diatas jasa dan sumbangan yang diberikannya dalam tempoh perkhidmatannya bersama pasukan.

Mourinho yang dipecat pada Selasa lalu telah menghabiskan masanya selama dua tahun setengah di Old Trafford dengan membantu kelab tersebut menjuarai tiga gelaran – kejuaraan UEFA Europa League, FA Community Shield 2016 dan juga Piala Liga pada musim 2016/17.

Bagaimanapun, kemerosotan prestasi pasukan selepas menjalani permulaan kempen 2018/19 dengan cukup buruk sehingga ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool telah menyebabkan Mourinho terpaksa dipecat dan digantikan dengan pengurus sementara – Ole Gunnar Solskjaer.

Hormatilah Mourinho

Walaupun Shaw antara pemain yang sering menjadi sasaran kritikan Mourinho satu ketika dahulu, beliau bagaimanapun tetap menyanjungi kewibawaan bekas ‘bosnya’ itu dengan menegaskan bahawa pencapaian Mourinho untuk kelab tidak boleh diabaikan dan dilupakan sama sekali.

Bercakap kepada Skysports, Shaw sebagai berkata, “Kita tidak boleh melupakan apa yang dilakukan Jose (Mourinho) untuk kelab ini. Dia berjaya menghadiahkan tiga gelaran ketika mengendalikan Manchester United.”

“Salah satu trofi, kami tidak pernah menang sebelum ini, iaitu gelaran Liga Europa. Semua orang di Manchester United mesti menghormati Mourinho, termasuk penyokong.”

Kesan negatif

Terlebih dahulu, Shaw sempat meluahkan pandangannya mengenai pemecatan Mourinho, baginya situasi seperti memecat seseorang pengurus adalah satu perkara yang tidak bagus untuk sesebuah pasukan.

Namun, beliau tidak menafikan yang perubahan harus dilakukan jika ianya mampu memberikan kebaikan untuk masa depan pasukan.

“Tidak bagus jika kelab itu memecat pengurus. Keadaan ini boleh menimbulkan kesan negatif bagi skuad.

“Tetapi saya fikir, kita sebagai pemain dan sebagai satu pasukan harus tetap menghormati dengan apa yang berlaku.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN