Pemain ini layak menyertai skuad Singapura keranna datuknya berasal dari negara Singa itu. Pemain ini bernama Luke O’Nien kini beraksi bersama Wycombe Wanderers.
Wycombe yang dikenali The Chairboys kini beraksi dalam saingan League Two.
Kini, Luke berumur 22 tahun mengharapkan dipanggil mewakili negara datuknya.
Kenapa layak?
Menerusi temuramah yang disiarkan di Channel News Asia, datuk saudaranya, Lim Kim San merupakan mantan menteri di kabinet Singapura. Datuknya, Lim Cheng Siong mengahwini wanita Inggeris.
Mereka dikurniakan Monica Lim, iaitu emak kepada Luke O’Nien.
Impian Liga Perdana
Bohonglah jika mana-mana pemain bola sepak tidak mahu beraksi liga terkemuka dunia, yakni EPL!
Luke memberitahu Channel News Asia bahawa beliau bakal berbangga mewakili pasukan Singapura.
Perjalanan awal karier
Luke bermain sebagai pemain akademi di Watford. Kelab divisyen bawahan, Wealdstone meminjamkannya daripada Watford pada 2014 sehingga 2015.
Sayangnya, kontrak bersama Watford tidak disambung. Maka Hornets melepaskannya pada hujung musim 2014-15.
Menuju Wycombe
Luke menyertai Wycombe secara percuma. Wycombe memberikan jersi bernombor 17 kepada pemain itu.
Setelah menyertai Chairboys, Luke menjaringkan 5 gol dalam 40 penampilan untuk musim pertamanya.
Musim ini, daripada 29 penampilan, beliau menjaringkan 1 gol untuk Wycombe. Kini, kelab itu mencabar tempat play-off League Two.
Wycombe menduduki tangga ke-10 dengan mengutip 50 mata hasil 14 kemenangan dan 8 seri selepas 35 perlawanan. Beza 4 mata dengan penghuni tangga ke-7, Exeter City.
Harapnya, Singapura sudi mempertimbangkan Luke sebagai skuad negara mereka.
Mungkin kita dapat lihat seorang pemain dari Asia Tenggara yang bakal bermain di EPL? Siapa tahu?
Baca juga: Inilah Papan Taktikal Weigang Dalam Perlawanan Terakhir Beliau Di Bumi Malaysia