Romelu Lukaku mahu kembali ke pangkuan Inter Milan sekiranya kelab Itali berkenaan berupaya mencapai persetujuan dengan kelabnya Chelsea.
Bagaimanapun laporan dari SkySports mendedahkan Inter tidak mampu untuk menandatangani Lukaku secara pembelian tetap dan masa depan penyerang Belgium tersebut kini bergantung kepada pemilik baharu Chelsea.
Peguam Lukaku difahamkan akan bertemu dengan pihak pengurusan Inter dalam masa terdekat untuk membincangkan kemungkinan untuk pemain berusia 29 tahun tersebut kembali beraksi di Serie A.
Romelu Lukaku's lawyer is meeting with Inter to discuss a possible loan deal back to Italy this summer ⚫️🔵 pic.twitter.com/gnTJkNwo3l
— GOAL (@goal) May 31, 2022
Lukaku melengkapkan perpindahan mewah ke Chelsea bernilai £97.5 juta pada musim panas tahun lalu, tetapi telah mendedahkan keinginannya untuk kembali ke Inter dalam satu temubual yang menjadi kontroversi pada Disember lepas.
CEO Inter, Gieseppe Moratta secara terus terang mengatakan kelabnya tidak mempunyai kemampuan kewangan jika mahu membawa kembali bekas pemainnya itu dengan nilai yang sama diterima mereka sebelum ini.
Tetapi beliau tidak menolak sekiranya Lukaku boleh diperoleh secara pinjaman dan ia tentunya memerlukan rundingan secara dua pihak.
🚨 Behind the scenes, Romelu Lukaku is doing everything he can to leave Chelsea!
The Belgian striker has already asked the Blues to let him go on loan to Inter Milan.
(Source: @CorSport) pic.twitter.com/Eugm30AYsD
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 3, 2022
Karier Lukaku di Stamford Bridge untuk kali kedua tidak seperti yang diharapkan dan gagal menepati tag harga yang dibayar untuknya walaupun menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol.
Inter masih menjadikan Paulo Dybala sebagai sasaran utama. Penyerang Argentina itu bakal meninggalkan Juventus sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung bulan ini.