Romelu Lukaku mengakui beliau mengambil sikap terbuka untuk meninggalkan Manchester United untuk mendapat peluang beraksi di Serie A, Itali.
Perkara itu sedemikan selepas pemain antarabangsa Belgium itu mengakui tertarik dengan projek yang Juventus sedang usahakan.
Lukaku setakat ini beraksi dalam semua 11 perlawanan Manchester United musim ini dan sudah menjaringkan empat gol.
Dua jaringan bersama Belgium dalam perlawanan menentang Switzerland pada hujung Jumaat lalu juga menjadikan jumlah jaringan terkumpul beliau di peringkat antarabangsa kepada 45 gol.
Kontrak Lukaku di Old trafford akan tamat pada 2022, selepas beliau bersetuju dengan tawaran kontrak lima tahun dengan pilihan tambahan setahun selepas menyertai United dari Everton pada musim panas lalu.
Ketika ditanya oleh Gazzetta dello Spoert untuk kemungkinan beliau beraksi di Itali pada masa hadapan, Lukaku menjawab:
“Kenapa tidak? Saya harapkan ia akan berlaku.”
Penyerang berusia 25 tahun itu turut menganggap Juventus adalah salah sebuah pasukan utama di Eropah.
Bagaimanapun Lukaku dan Manchester United harus terlebih dahulu melayan kunjungan pasukan dari Turin itu dalam perlawanan UEFA Champions League pada minggu hadapan, sebelum berkunjung ke Turin pada november.
“Juventus mempunyai projek yang hebat sedang diusahakan. Mereka berusaha untuk menjadi semakin hebat setiap tahun.
“Saya tidak punyai keraguan bahawa Juventus adalah salah sebuah dua atau tiga pasukan terhebat di Eropah. Mereka memiliki jurulatih dan pemain yang hebat setiap tahun di dalam pasukan.
“Cristiano Ronaldo adalah pemain utama. Tetapi mereka juga mempunyai ramai pemain lain yang hebat. Paulo Dybala menunjukkan prestasi yang semakin baik setiap musim. Saya juga gemarkan Douglas Costa,” tambah Lukaku lagi.