Romelu Lukaku cemerlang dalam penampilan pertamanya apabila menjaringkan 4 gol ketika membantu Inter menang 8-0 ke atas pasukan Serie D – Virtus Bergamo – dalam aksi pemanas badan.
Sebastiano Esposito dan Matias Vecino, masing-masing mencetak 2 gol.
Pemain antarabangsa Belgium itu melengkapkan perpindahannya dari Manchester United pada Khamis dalam kesepakatan bernilai £74 juta.
Lukaku menganggap perlawanan ini sebagai penting setelah tidak terlibat dalam aksi pra musim Man. United.
Lukaku diberikan jersi nombor 9 beberapa hari lalu. Lukaku bangga kerana beliau beridolakan Adriano, dan mahu menjadi sehebat pemain itu.
Lukaku kali terkahir menjaringkan gol adalah lebih 5 bulan lalu, ketika aksi menentang Southampton.
Romelu Lukaku sudah bersedia untuk menjadi pemain kesebelasan utama menentang pasukan baru naik, Lecce di San Siro, pada aksi pembukaan Serie A, 26 Ogos ini di San Siro.
Derbi Milan pertama beliau adalah pada 21 September.
📹 | HIGHLIGHTS#Lukaku nets four in his first appearance for the Nerazzurri ⚽⚽⚽⚽
Watch the highlights from our 8-0 win against Virtus Bergamo 💪#ForzaInter ⚫️🔵 pic.twitter.com/qOelXKFfVK
— Inter (@Inter_en) August 11, 2019
Mampukah Lukaku menjadi penjaring prolifik di Inter Milan? Tugas sebelum ini dilakukan oleh Icardi. Namun pemain itu tidak ada dalam perancangan Antonio Conte dan Inter Milan, berikutan masalah disiplin di luar padang.