Lukaku Sedia Robek Arsenal Selepas Pilih “Nombor Malang” Di Chelsea

Penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku kini bersedia untuk diturunkan menentang Arsenal selepas pendaftaran pemain itu dilengkapkan dan nombor jersi turut sudah disahkan.

Lukaku sebelum ini bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima tahun bernilai sekitar €12-13 setahun atau bersamaan dengan pendapatan €195,000 seminggu. Ia akan menjadikan Lukaku sebagai pemain dengan gaji termahal di Stamford Bridge.

Apakah Pendorong Utama Lukaku Kembali Sertai Chelsea?

Terlepas perlawanan UEFA Super Cup menentang Villareal, Lukaku turut tidak beraksi pada perlawanan pertama Chelsea menentang Crystal Palace yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0.

Bekas penyerang Manchesterr United dan Inter Milan itu bagaimanapun kini bersedia untuk diturunkan oleh Thomas Tuchel untuk debut keduanya – menentang Arsenal pada hujung minggu ini.

Pilih jersi No.9

Perpindahan Tammy Abraham ke AS Roma membenarkan Lukaku memilih untuk menyarung jersi No.9 kegemarannya.

“Ya, saya memiliki nombor sembilan, saya sangat gembira dan beruntung [boleh memilih No,9],” kata Lukaku.

Lukaku juga berkata beliau sudah tidak sabar untuk beraksi. Malah beliau sangat terharu dengan sambutan diberikan rakan baharunya di Stamford Bridge terutamanya dari rakan sepasukan, Cezar Azpilicueta.

Jersi No.9 di Stamford Bridge mempunyai kisah sendiri dan terkenal dengan kutukan terhadap penyerang Chelsea yang memakainya.

Ketika pertama kali didatangkan oleh Chelsea ke England pada 2011, Lukaku tidak berpeluang memilih nombor jersi yang beliau idamkan, dan terpaksa menyarung jersi No.18.

Arsenal Dijangka Jadi Mangsa Pertama Ledakan Berbisa Romelu Lukaku

Sejarah pemakai jersi No.9

Mateja Kezman misalnya yang menggunakan jersi tersebut tahun 2004-2005 cuma berjaya mencetak tujuh gol dari 41 penampilan yang dilakukannya.

Franco Di Santo pula menjadi pemilik jersi No.9 dari tahun 2008 sehingga 2009, dan langsung gagal menghasilkan sebarang jaringan dari 16 perlawanan.

Fernando Torres yang dikenali sebagai penyerang prolifik ketika bersama Liverpool pula hanya mampu merekodkan 45 gol dari 172 penampilan dari 2011 sehingga 2015.

Manakala Radamel Falcao dari tahun 2015 sehingga 2016 pula merekodkan hanya satu gol dari 12 perlawanan.

Senarai tersebut terus bersambung kemudiannya apabila Alvaro Morata yang diberikan jersi tersebut pada 2017 sehingga 2018 cuma mencetak 15 jaringan dari 48 perlawanan.

Jersi No.9 kemudiannya berpindah milik kepada Gonzalo Higuain pada musim 2018/19, dan bintang Argentina itu hanya mampu menghasilkan lima gol dari 18 perlawanan, walaupun cemerlang ketika di Itali.

Tammy Abraham menjadi pemain termuda Chelsea menyarung jersi No.9 apabila menembusi skuad utama The Blues pada musim lalu.

Prestasi tidak menentu pemain itu menyebabkan beliau dijual kepada AS Roma.

Senarai Penyerang Berbisa Bertukar “Lemau” Selepas Disambar Chelsea

Penutup

Ia mungkin hanya sekadar tahyul untuk mempercayai jersi No.9 Chelsea menyebabkan pemain gagal menampilkan aksi terbaik mereka.

Lukaku yang mahu membuktikan kemampuan sebenarnya kali ini dan mendiamkan pengkritiknya pasti mahu membuktikan tiada apa yang boleh menghalang kepulangan kedua beliau ke England kali ini, termasuk kisah tahyul jersi No.9 Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN