Manchester United hampir mempersia-siakan peluang untuk meminta Arsenal bagi kedudukan tempat ke-4. Ini selepas Syaitan Merah terpaksa menunggu sehingga lewat perlawanan untuk menewaskan Southampton.
United dikejutkan oleh pasukan pelawat dengan gol menarik dari luar kotak penalti daripada Yan Valery.
Tersentak dengan gol itu Man. United menggandakan usaha untuk bangkit. Pada separuh masa kedua, Solskjaer melakukan beberapa pertukaran. Hasilnya, Man. United menjaringkan 2 gol pada minit ke-53 dan ke-59. Masing-masing menerusi Andreas Pereira dan Romelu Lukaku.
Pereira menjaringkan gol spektakular dari luar kotak penalti. Manakala Lukaku menerima bola di dalam kotak penalti dan memintas masuk – kemudiannya melepaskan rembatan leret.
Namun begitu, Man. United sekali lagi dikejutkan dengan gol cantik oleh James Ward Prowse menerusi sepakan percuma.
Southampton cuba bertahan untuk membawa pulang 1 mata. Ini kerana mereka sedang bertarung daripada zon penyingkiran.
Malangnya, Southampton dihukum oleh Man. United menerusi Lukaku sekali lagi. Pada masa kecederaan United dihadiahkan sepakan penalti. Namun tendangan Pogba gagal menerjah gawang.
Manchester United menang 3-2, sekaligus memintas Arsenal yang sebelum itu keciciran mata dalam perlawanan derbi London Utara berhadapan dengan Spurs.
Solskjaer melebarkan lagi rekod tanpa kalah beliau dalam EPL sejak mengambil alih tugas pengurus United daripada Jose Mourinho. Beliau kini sudah 12 perlawanan EPL tanpa kalah.
🗓️ December 2018 (after defeat to Liverpool)
📉 6th in the Premier League, ELEVEN points adrift of the top four
🗓️ March 2019
📈 4th in the Premier League, unbeaten in 12
What an appointment Ole Gunnar Solskjaer has proved to be for Manchester United's season 👏 #MUFC #MUNSOU pic.twitter.com/ujNuZcnZIG
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) March 2, 2019
Manchester United akan berhadapan dengan PSG (UCL) dan Arsenal selepas ini.
Manakala usaha untuk mengelak penyingkiran oleh Southampton akan diteruskan – apabila selepas ini The Saint akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur dan Watford.