Lukaku Guna Cuti Panjang Buat PJJ Jadi Jurulatih

Romelu Lukaku adalah salah seorang bintang Belgium yang mengambil lesen kejurulatihan bola sepak secara online atau secara pengajian jarak jauh selepas berehat panjang akibat penularan wabak coronavirus.

Penyerang Inter Milan itu, bersama-sama pemain tengah Borussia Dortmund Axel Witsel dijadualkan memulakan pembelajaran mereka dengan UEFA pada kaledar perlawwanan antarabangsa, sebelum Serie A ditangguhkan tempoh hari.

Pemain-pemain telah memulakan sebahagian elemen kursus sepanjang penangguhan saingan domestik dan antarabangsa akibat penularan wabak COVID-19.

 Menurut Daily Telegraph, selain Lukaku dan Witsel, pemain bintang lain yang turut mengambil kesempatan sempena tempoh rehat panjang ini adalah pemai tengah Manchester City, Kevid de Bruyne.

De Bruyne dilaporkan telah mendaftar untuk Diplma kejurulatihan UEFA A dan B.

Lukaku adalah antara pemain bukan asal dari Itali di Inter Mila yang dibernarkan balik ke negara asal untuk bersama keluarga sehigga tempoh kuarantin ini berakhir.

Bekas kapten Manchester United, Ashley Young bersama-sama Victor Moses yang dipinjamkan dari Chelsea turut dibenarkan balik ke England, sementara Christian Eriksen kini turut sudah berada di Denmark.

Seperti skuad Inter Milan yang lain, semua pemain Inter Milan telah dikuarantin selama 15 hari selepas dijangka pernah memiliki contact bersana Daniele Rugani dalam perlawanan menentang Juventus pada 8 Mac lalu.

Baca artikel lain kami mengenai Romelu Lukaku:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN