Luka Milivojevic & Manchester United ‘Raja’ Sepakan Penalti Dalam Kempen EPL 2018/19

Sepakan penalti

Liga Perdana Inggeris 2018/19 melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan Manchester City berjaya mempertahankan kejuaraan setelah menutup kempen dengan bergaya menewaskan Brighton & Hove Albion 4-1 di Stadium Amex sekaligus mengecewakan pencabar terdekat, Liverpool.

Tumpuan penulis bagaimanapun bukanlah berkisar kejayaan ‘back to back’ The Cityzens itu tetapi sebaliknya ingin memberikan fokus terhadap statistik berkenaan sepakan penalti yang dihadiahkan sepanjang saingan liga paling popular di dunia ini berlangsung sejak 11 Ogos 2018.

Liga Perdana Inggeris musim ini menyaksikan 103 sepakan penalti telah dihadiahkan pengadil dengan 84 daripadanya berjaya disudahkan.

Berikut adalah statistik ringkas berkenaan sepakan penalti yang dicatatkan sepanjang musim 2018/19:

BRIGHTON, ENGLAND – AUGUST 19: Paul Pogba of Manchester United scores his team’s second goal from a penalty during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester United at American Express Community Stadium on August 19, 2018 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)
Pasukan paling banyak menerima sepakan

Manchester United menjadi pasukan paling banyak menerima sepakan penalti pada musim ini dengan 12 sepakan yang telah dihadiahkan kepada The Red Devils.

Daripada 12 yang diterima, pemain Manchester United berjaya menyempurnakan 9 sepakan penalti di mana Paul Pogba dengan 7 sepakan manakala Jesse Lingard dan Anthony Martial masing-masing dengan satu sepakan.

Pasukan paling banyak gagal sempurnakan sepakan

Manchester United dan Everton menjadi pasukan yang gagal menyempurnakan sepakan penalti terbanyak.

Lebih menarik apabila pemain kedua-dua pasukan iaitu Paul Pogba dan Gylfi Sigurdsson masing-masing gagal menyempurnakan 3 sepakan penalti buat pasukan mereka.

Pengambil sepakan dan penjaring terbanyak

Kapten Crystal Palace, Luka Milivojevic muncul sebagai pengambil sepakan dan juga penjaring terbanyak bagi situasi sepakan penalti apabila berjaya menyudahkan 10 daripada 11 sepakan kesemuanya.

Beliau yang merupakan calon tetap bagi mengambil sepakan penalti buat Crystal Palace pada musim ini bermula dengan kurang baik selepas sepakan pertamanya ketika menentang Everton pada Oktober 2018 dihalang Jordan Pickford.

Selepas itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang untuk menyempurnakan setiap sepakan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Paul Pogba pula berada di tempat kedua dengan 10 sepakan diambil setelah menyudahkan 7 sepakan manakala 3 lagi gagal disempurnakan dengan baik ketika bertemu Southampton, Everton (bagaimanapun berjaya hasilkan jaringan berpunca percubaan susulan) dan Burnley.

Penyerang Bournemouth, Joshua King telah mengambil 6 sepakan pada musim ini dan 5 daripadanya berjaya menghasilkan gol buat The Cherries.

BOURNEMOUTH, ENGLAND – SEPTEMBER 15: Joshua King of AFC Bournemouth scores his team’s third goal from a penalty during the Premier League match between AFC Bournemouth and Leicester City at Vitality Stadium on September 15, 2018 in Bournemouth, United Kingdom. (Photo by Warren Little/Getty Images)
Pasukan yang sempurnakan semua sepakan penalti diterima

Sebanyak tujuh pasukan telah berjaya menggunakan peluang sepakan penalti tanpa sebarang kegagalan untuk menyempurnakannya.

Diketuai Liverpool yang menjaringkan gol pada kesemua 7 sepakan yang dihadiahkan, diikuti Chelsea dan West Ham United dengan 5 sepakan serta Wolverhampton dan Tottenham Hotspur dengan 4 sepakan.

Burnley yang menerima dua sepakan penalti, berjaya menyempurnakan kedua-duanya.

Sementara itu, Huddersfield Town dan Watford yang hanya menerima satu sepakan penalti dalam 38 perlawanan liga turut menyertai ‘golongan 100%’ menyempurnakan sepakan penalti diterima.

Rumusan

Pemberian sepakan penalti kepada sesebuah pasukan kadangkala menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pemain dan penyokong pasukan lawan tetapi ternyata ia menambah rencah dalam kerancakan perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN