Penyerang Real Madrid, Luka Jovic tidak menjalani sebarang latihan berpasukan atau beraksi dalam mana-mana perlawanan sejak dua bulan lepas ekoran penangguhan semua pertandingan bola sepak disebabkan pandemik COVID-19.
Tetapi apa yang menghairankan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelabnya pada Jumaat, pemain antarabangsa Serbia itu telah mengalami kecederaan keretakan kaki dan dijangka perlu direhatkan sehingga tujuh minggu.
Jovic yang dibawa masuk dari Eintract Frankfurt pada musim panas lepas dengan nilai €60 juta (RM285 juta). Harga itu jauh lebih mahal daripada nilai Luis Figo dan Ronaldo Nazario. Tetapi setelah diturunkan dalam 24 perlawanan, beliau hanya menjaringkan dua gol sahaja pada musim ini dan itu bukanlah statistik yang diharapkan untuk seorang penyerang.
Real Madrid forward Luka Jovic suffers freak foot injury while training at home https://t.co/6DayoaHglT pic.twitter.com/gEK6dGAIMX
— Eunice O. Eko 💡 (@iam_unyce) May 9, 2020
Sebuah akhbar tempatan Sepanyol, El Pais melaporkan yang Jovic mendapat kecederaan tersebut ketika berlatih seorang diri di rumah di ibu kota Madrid dan memerlukan kira-kira dua bulan untuk kembali pulih dan sekaligus tidak akan beraksi sekiranya La Liga bersambung semula tidak lama lagi.
Pemain berusia 22 tahun itu diberi kebenaran untuk pulang ke Serbia sewaktu Sepanyol mengetatkan kawalan pergerakan di negara itu bagi memerangi penularan wabak tersebut. Bagaimanapun beliau didapati ‘buat hal’ dengan melanggar peraturan perintah berkurung di Serbia pada bulan Mac.
45 gol dalam 75 perlawanan di Frankfurt telah membuktikan kualitinya. Tetapi adakah ‘tekanan’ atau jangkaan pelbagai pihak yang terlalu tinggi kepadanya membuatkan beliau gagal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang penuh dengan tumpuan di kelab sebesar Real Madrid?
Ada juga yang berpendapat, Jovic adalah ‘mangsa’ kepada Zinedine Zidane yang seterusnya setelah beberapa penyerang lain seperti Alvaro Morata, Mariano Diaz dan Borja Mayoral yabng juga gagal untuk memecahkan dominasi Karim Benzema selaku penyerang utama di kelab tersebut.
https://twitter.com/OfficialLIGI/status/1258928435302457349?s=20
Ada pula yang berpendapat adalah lebih baik pemain ini dipinjamkan ke pasukan lain agar penyokong Real Madrid dapat lihat hasilnya seperti mana Martin Odegaard yang berjaya memanfaatkan tempoh pinjaman selama beberapa tahun.
Real Madrid kini hanya dua mata di belakang Barcelona dalam perlumbaan mengejar kejuaraan La Liga dengan masih terdapat 11 perlawanan berbaki. Semua pasukan dibenarkan untuk kembali menjalani latihan pada Isnin ini buat kali pertama selepas dua bulan.