Luiz Felipe Scolari Bakal Jurulatih Baharu Australia?

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Brazil dan Portugal itu yang baru sahaja tamat kontrak dua tahun setengah dengan kelab China, Guangzhou Evergrande iaitu Luiz Felipe Scolari mengesahkan wakil dari skuad Socceroos ada berbincang dengan ejennya untuk menggantikan Ange Postecoglou yang meletak jawatan November lalu.

Australia cuba untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih juara Piala Dunia itu bagi membantu mereka menghadapi saingan temasya itu di Russia, pada tahun depan.

“Saya adalah salah satu nama yang dibincangkan… untuk melihat sama ada saya berminat untuk membawa mereka ke Piala Dunia,” kata Scolari dalam satu temu bual ekslusif bersama Reuters.

Scolari berkata, dia gembira untuk membincangkan peranan berkenaan bersama Australia tetapi mahukan satu ikatan jangka panjang dan bukan hanya untuk kejohanan yang dijadual berlangsung pada Jun dan Julai tahun depan.

“Saya tidak berhasrat untuk hanya membawa sebuah pasukan di Piala Dunia,” kata bekas pengurus Chelsea itu.

“Saya berhasrat untuk membawa pasukan dengan satu projek tersusun untuk satu atau dua tahun. Namun, saya berminat.”

(Photo by Mark Kolbe/Getty Images)

Australia layak ke Russia selepas menewaskan Honduras dalam aksi playoff antara benua dan diundi dalam Kumpulan C menentang Perancis, Peru dan Denmark.

Jurulatihnya sebelum ini, Ange Postecoglou mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan tidak akan membimbing pasukan negara itu di Kejohanan Piala Dunia tahun depan di Russia.

Ketua Eksekutif Federasi Bolasepak Australia (FFA), Davied Gulp berkata, beliau sebenarnya kecewa dan masih keliru tetapi beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh jurulatih tersebut.

“Tindakan yang seterusnya akan dilaksanakan, kami tidak akan tergesa-gesa.

“Pasukan kebangsaan masih ada masa yang panjang untuk mencari pengganti dan kami perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu,” jelasnya.

Postecoglou yang berusia 52 tahun dilahirkan di Greece sebelum berhijrah ke Australia ketika berusia 5 tahun.

Beliau menandatangani kontrak selama 5 tahun sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Australia bagi menggantikan German Holger yang dipecat oleh FFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN