MSN gah menjadi trio terbaik dunia beberapa musim lalu, minggu ini tinggal Messi sahaja yang akan bermain di dalam perlawanan pembukaan La Liga.
Ini selepas kelab Catalan tesebut mengesahkan yang Luiz Suarez mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Real Madrid.
Barcelona mengesahkan pemain Uruguay tersebut akan berehat sekitar sebulan. Selain daripada Suarez, seorang lagi bintang juga masih bergelut untuk cergas sepenuhnya ialah Pique.
Kenyataan Barcelona berbunyi:
“Luis Suarez akan disisihkan sekitar 4 minggu. Ujian perubatan pada Khamis menunjukkan yang Suarez ada masalah kecederaan pada buku lali kanan. Kecederaan itu beliau dapat pda separuh masa kedua dalam perlawanan el clasico di Bernabeu.”
“Satu lagi ujian dilakukan ke atas Pique. Beliau mengalami masalah pada groin sebelah kaki kiri beliau. Dan proses pemulihan penuh beliau akan menentukan sama ada beliau boleh bermain dalam perlawanan menentang Betis.”
Kecederaan ini pastinya merisaukan Barcelona. Mereka sedang berusaha untuk membawa masuk Phillipe Coutinho dan juga Ousmane Dembele pada minggu ini.
Barcelona kali ini gagal melakukan pembelian yang meyakinkan peminat mereka. Paulinho dan Nelson Semedo antara 2 pemain yang dibawa masuk oleh mereka. Gerard Deulofeu pula kembali selepas Barca membayar klausa beli balik.
Paulinho dijangka akan melakukan debut untuk Barcelona pada hujung minggu ini.
Di barisan serangan, Valverde pastinya sedang mempersiapkan taktikal yang sesuai dengan pemain yang sedia ada. Barcelona sebelum ini beraksi dengan asas bek bertiga dan ia kurang meyakinkan.
Sumber