Luis Suarez: “Tempat Liverpool Itu Adalah Di UEFA Champions League”

Luis Suarez merupakan antara salah seorang penyerang yang menjadi kegilaan peminat Liverpool ketika beliau menghabiskan lebih 3 tahun di sana.

Kini beliau di Barcelona mencipta rangkaian serangan yang cukup hebat bersama Lionel Messi dan juga Neymar.

Baru-baru ini, Suarez adalah bercakap mengenai bekas kelabnya itu. Dan beliau menyatakan tempat Liverpool itu adalah sepatutnya di UEFA Champions League.

“Pasukan seperti Liverpool sepatutnya bersaing di UEFA Champions League setiap musim.”

Jurgen Klopp berjaya membawa Liverpool ke saingan play-off UEFA Champions League pada musim penuh beliau bersama kelab itu yang pertama.

“Saya rasa Klopp telah memberikan yang terbaik dan telah melakukan hasil kerja yang cukup mantap untuk Liverpool.”

“Tetapi kita kena ingat, semua ini perlukan masa. Tetapi beliau telah lakukanya dengan baik sekali.”

Suarez menyatakan keyakinan yang Liverpool mampu menjadi kelab yang terulung di bawah kendalian Klopp.

“Klopp adalah seorang pengurus yang baik dan beliau punya ramai pemain yang boleh berikan perbezaan kepada permainan beliau.”

“Jadi saya yakin, Liverpool adalah pasukan yang sepatutnya bermain di UEFA Champions League setiap musim.”

Sumber:

  1. ESPN (2017): Luis Suarez: Liverpool ‘should always be involved in the Champions League’; http://www.espn.co.uk/football/liverpool/story/3155566/luis-suarez-liverpool-should-always-be-involved-in-the-champions-league

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN