Sehingga ke hari ini, perpindahan Luis Suarez dari Barcelona ke Atletico Madrid masih lagi melukakan ramai pihak.
Bukan saja penyokng Barcelona berduka dengan perkara itu, malah Suarez sendiri berasa sedih kerana perlu meninggalkan pasukan yang beliau cukup gembira beraksi untuknya.
Walaupun kini Suarez sedang terbang tinggi bersama Atletico, namun jauh di sudut hatinya beliau masih lagi memendam duka yang mendalam terhadap bekas majikannya.
Mendedahkan alasan sebenar mengapa dirinya disingkirkan, Suarez berasa yang dirinya berhak diberikan lebih rasa hormat oleh Barcelona dan bukannya dibuang begitu saja.
“Apa yang benar-benar menggangu fikiran saya adalah mereka katakan yang saya terlalu tua dan tidak boleh bermain di tahap yang tinggi lagi.”
“Saya turut dikatakan yang saya tidak layak lagi mengetuai pasukan yang hebat ini, itu yang saya tak suka,” kata Suarez menerusi Goal.
Jelas sekali, Suarez tersinggung dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, saban musim beliau berikan yang terbaik kepada pasukannya.
“Jika saya tidak lakukan apa-apa kepada pasukan seperti Barcelona untuk tiga atau empat musim, saya faham [mengapa disingkirkan].”
“Tetapi setiap tahun di Barcelona saya menjaringkan lebih dari 20 gol. Saya sentiasa mempunyai statistik yang baik di belakang Lionel Messi.”
Tambah Suarez lagi, Barcelona kini ibarat sedang menerima balasan atas apa yang dilakukan mereka terhadap beliau apabila pembelian baharu semuanya tidak memberikan prestasi yang diharapkan.
Sedangkan Suarez dalam masa enam tahun di sana memberikan persembahan yang memukau saban musim.
Baca juga artikel kami mengenai Luis Suarez:
Serie A Bakal Saksikan Gandingan Ronaldo, Dybala Bersama Luis Suarez