VIDEO: Saksikan Luis Suarez Mencuba Makanan Malaysia Seperti Roti Canai & Nasi Lemak

Terdahulu, semua rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemilihan bintang Barcelona iaitu Luis Suarez yang dipilih sebagai duta untuk Tourism Malaysia.

Pemilihan beliau dianggap sebagai pemilihan yang sedikit aneh memandangkan beliau merupakan pemain bola sepak serta tidak ada kaitan dengan Malaysia atau kancah bola sepak di negara ini.

Baru-baru ini, beliau telah mengambil cabaran dalam merasai makanan Malaysia yang sering sebati dengan kehidupan kita semua.

Antara makanan yang dirasai beliau adalah nasi lemak, satay dan juga popia!

Reaksi beliau ketika makan popia memang tak tahan!

Dalam video berlainan, Suarez ada menyatakan rasa bangga beliau dalam menjadi duta bagi kempen Tourism Malaysia.

Bagi beliau, Malaysia merupakan satu negara yang cukup cantik dan beliau sememangnya berasa bertuah dapat menjadi duta kepada kempen ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN