Penyerang Bercelona, Luis Suarez dilaporkan sudah bersedia untuk diketepikan untuk satu tempoh yang agak lama selepas kelab Sepanyol itu mengumumkan beliau akan menjalani pembedahan bagi merawat masalah lututnya.
Kelab Catalan itu telah mengeluarkan kenyataan pada Sabtu dengan mengatakan Suarez akan menjalani rawatan untuk kecederaan pada meniskus di lutut kanannya. Pembedahan akan dijalankan pada Ahad oleh Dr. Ramon Cugat.
“Sejurus sahaja pembedahan tersebut selesai, pihak kelab akan mengeluarkan kenyataan media yang lain untuk memaklumkan sebarang perkembangannya termasuk tarikh jangkaan beliau akan kembali beraksi.”
[INJURY NEWS]@LuisSuarez9
📋 All the details
👉 https://t.co/A1Ospk9mBf pic.twitter.com/EpjbRNuJqz— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 11, 2020
Penyerang Uruguay itu sudah membuat 23 penampilan untuk Barca pada musim ini dalam semua pertandingan dan telah menjaringkan 14 gol dengan 11 gol La Liga serta tiga dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Beliau menghabiskan 90 minit perlawanan ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Atletico Madrid pada Khamis yang menyaksikan mereka ditunjukan jalan keluar dari saingan Piala Super Sepanyol di Arab Saudi.
Suarez sebelum ini sudah pun menjalani rawatan pada lutut yang sama pada bulan Mei tahun lepas sehingga menyebabkan beliau terlepas perlawanan Copa del Rey di mana Barcelona tumpas kepada Valencia.
Luis Suarez ameliyat edilecek Ulusal Haber – Ulusal Haber Son Dakika Haberleri https://t.co/0qo5KkTLYY pic.twitter.com/W37zgavfvT
— Kamu Kariyer (@KariyerKamu) January 11, 2020
Penyerang berusia 32 tahun itu bagaimanapun sempat pulih untuk beraksi untuk Uruguay dalam kejohanan Copa America.