Luis Enrique Letak Jawatan Pengurus Sepanyol

Luis Enrique meletak jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Sepanyol atas sebab peribadi. Kekosongan itu akan diisi oleh pembantu beliau, Robert Moreno.

Enrique hanya mengendalikan Sepanyol kurang setahun yang lalu. Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun pada Julai 2018.

Sebab peribadi

Enrique sebenarnya sudah tidak hadir untuk menjalankan tugas sejak Mac lalu, dengan alasan perlu memberi lebih perhatian kepada permasalahan keluarga yang perlu diberi perhatian segera.

Jurulatih berusia 49 tahun itu mengambil alih jawatan sebagai pengendali La Roja selepas pasukan itu tersingkir di pusingan  16 pasukan terbaik Piala Dunia yang lalu.

“Ia adalah keputusan yang dilakukan oleh Luis Enrique sendiri dan kami menerimanya,” ujar Presiden Konfederasi Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

“Kami hanya mempunyai memori yang baik mengenai beliau. Ia adalah disebabkan perkara peribadi yang keputusannya tidak bergantung kepada kami. Oleh kerana itu kami berpendapat ia adalah keputusan terbaik yang telah dilakukan oleh Enrique.

“Kami yakin cara terbaik untuk memberi respon ialah dengan memiliki pasukan yang telah dipersiapkan sebaik mungkin. Dan ia adalah pasukan yang diurus oleh Robert [Moreno] dan jurulatih lain yang tiba bersama Luis Enrique sebelum ini.

Dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sesawang rasmi RFEF, Enrique mengucapkan terima kasih kepada kakitangan konfederasi kerana memberikan kepercayaan sebelum ini dan turut memahami permasalahan yang beliau hadapi sekarang.

Robert Moreno ambil alih

Enrique mulai mengendalikan skuad Sepanyol untuk pertandingan UEFA Nations League, dimana mereka gagal mara ke separuh akhir – sebelum memulakan kempen kelayakkan Euro 2020.

Beliau meninggalkan kem Sepanyol sebelum pasukan itu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Malta pada Mac lalu, dan pasukan itu diambil alih oleh Moreno secara sementara.

Di bawah kendalian Moreno, Sepanyol merekodkan tiga kemenangan dan kini akan membawa La Roja berhadapan Sepanyol pada September hadapan untuk pusingan kelayakan Euro 2020.

Moreno yang berusia 41 tahun ketika bercakap di sidang media semalam berkata beliau melalui perasaan bercampur baur untuk menerima pelantikan oleh RFEF, tetapi berasa yakin selepas didorong berbuat demikian dan disertakan dengan sokongan oleh Enrique sendiri.

Pelantikan Moreno menjadikan beliau sebagai pengurus ke-4 mengandalikan skuad La Rojas sejak 12 bulan yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN