Luis Enrique Berang Dokumen Rahsia Bocor, Dakwa Ada Anasir Dalam Barcelona

Tidak disangka-sangka, ketika semua orang sedang sibuk dengan aksi bola sepak antarabangsa. Satu insiden kontroversi berlaku dalam dunia bola sepak kelab.

Pengurus Barcelona iaitu Luis Enrique telah didapati berang kerana dokumen rahsia beliau mengenai pasukannya telah terbocor kepada umum.

Dokumen rahsia bocor

Hasil pendedahan akhbar Sepanyol iaitu Mundo Deprotivo, mereka mendedahkan dokumen rahsia milik Luis Enrique mengenai taktikal bola sepak telah terbocor kepada umum.

Dokumen rahsia berkenaan adalah merupakan dokumen mengenai taktikal Barcelona untuk perlawanan UEFA Champions League menentang Borrusia Monchengladbach yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dokumen rahsia yang terbocor itu termasuklah dokumen mengenai taktik set-piece Barcelona serta analisis mengenai kekuatan pasukan dari Jerman itu.

img_fmorales_20161007-165232_i

Dalam dokumen rahsia tersebut terdedah beberapa perkara seperti:

  • Rancangan set-piece apabila menyerang dan bertahan
  • Rancangan susulan apabila set-piece menyerang dan bertahan tidak menjadi
  • Rancangan set-piece ketika balingan ke dalam dan mengawal permainan

Dalam dokumen itu juga mendedahkan taktikal Barcelona untuk menggunakan formasi 4-4-2 dalam perlawanan mereka.

img_fmorales_20161007-165232_i-1

Dalam perlawanan antara Barcelona dan Borrusia Monchengladbach yang lepas, Barcelona berhempas pulas apabila mereka ketinggalan hasil jaringan Thorgan Hazard.

Namun pada 30 minit terakhir baru Barcelona menjaringkan gol hasil jaringan Gerard Pique dan Arda Turan.

Perbuatan orang ‘dalam’

Enrique yang berang mengesyaki kebocoran dokumen rahsia itu hasil perbuatan orang-orang kanannya sendiri.

Beliau terasa dirinya dikhianati oleh orang-orang kanannya sendiri kerana dokumen rahsia itu sangat sulit bagi Barcelona.

Hal ini kerana dokumen rahsia itu hanya boleh diketahui oleh orang-orang kanannya yang dipercayai oleh Enrique.

Enrique telah lama mengesyaki kebocoran dokumen ini sejak mereka tewas kepada Celta Vigo sebelum tempoh rehat persahabatan antarabangsa.

i-1

Perkara ini bukanlah kali pertama terjadi terhadap Barcelona. Perkara ini juga pernah berlaku ketika era Louis Van Gaal menjadi pengurus mereka.

Van Gaal seolah-olah paranoid dengan kebocoran dokumen rahsia Barcelona ketika itu sehinggakan beliau mengupah sebuah syarikat keselamatan untuk menghalang pihak lawan dari cuba mengintip maklumat dari padang latihan mereka.

Van Gaal meminta syarikat keselamatan itu memintas segala peranti pendengaran (listnening device) yang cuba masuk ke dalam padang latihan Barcelona.

Ketika di Manchester United juga Van Gaal lakukan perkara yang sama apabila memasang pagar besar di padang latihan di Carrington.

Baca juga: Nota Pelan Taktikal Real Madrid Dedah Bagaimana Mereka Kalahkan Barcelona

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN