Liverpool bakal berdepan satu lagi aksi sukar mereka pada pagi ini dengan Real Madrid menjadi lawan pasukan tersebut untuk pusingan ke-16 UEFA Champions League (UCL).
Pada aksi lalu, Liverpool telah pun dimalukan oleh Real di laman sendiri iaitu Anfield menerusi keputusan penuh 2-5, walaupun telah mendahului sebelum itu dengan dua jaringan.
Setting off for Madrid ✈️ pic.twitter.com/mOSYXCxVbi
— Liverpool FC (@LFC) March 14, 2023
Walaupun menyedari hakikat untuk pasukan tersebut bangkit semula agak sukar, namun positifnya pemain serangan mereka iaitu Luis Diaz dilaporkan bersedia untuk dibawa turun pada pagi ini.
Menurut Sports Bible, kelibat Diaz telah pun dikesan dalam sesi latihan sejak Selasa lalu dan ianya memberi reaksi positif buat kalangan penyokong yng merindui aksi pemain tersebut di atas padang.
Jurgen Klopp telah pun kehilangan pemain berkenaan sejak Oktober tahun lalu, setelah beliau mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut sewaktu mereka berdepan Arsenal dalam saingan liga.
Walaupun Diaz mungkin belum bersedia untuk beraksi penuh pada perlawanan getir ini, kelibat beliau mungkin akan kelihatan sekurangnya di babak separuh masa kedua permainan.
Apapun, Liverpool juga sah sedikit tempang selepas mereka dikhabarkan turut kehilangan tiga pemain untuk perlawanan ini dalam misi untuk sekurangnya meraih kemenangan di gelanggang lawan.
The hard work continues for @LuisFDiaz19 💪 pic.twitter.com/c5PkxXrUGn
— Liverpool FC (@LFC) March 14, 2023
Kapten Liverpool iaitu Jordan Henderson dilaporkan antara bakal terlepas pada perlawanan pagi ini disebabkan masalah kecederaan dialami ketika mereka tewas di tangan Bournemouth lalu.
Selain itu, kelibat pemain muda Liverpool musim yang beraksi di bahagian tengah iaitu Stefan Bajcetic juga turut kelihatan dalam sesi latihan dan mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan penyokong.
Tampil dengan prestasi yang menyerlah, Bajcetic menjadi antara pilihan utama Klopp ketika ini untuk beraksi sejak beberapa bulan lalu dan mendapat pujian positif dalam kalangan pemerhati bola sepak.
Akhir sekali, pemain paling jarang beraksi musim ini iaitu Thiago Alcantara didedahkan bakal tidak bermain untuk perlawanan pagi ini berdepan Real kerana masih lagi dihantui masalah kecederaan.
#OTD in 2022:
Luis Diaz and Mohamed Salah score as Liverpool beat Brighton 2-0 on the South Coast. Somehow Robert Sanchez wasn’t sent off for this #lfc #onthisday #1yearago pic.twitter.com/79ghA6lXvQ— Liverpool On This Day (@OnThisDayReds) March 12, 2023
Dilaporkan menerusi isu kecederaan dialami oleh Thiago, beliau mungkin akan terus berehat dengan tempoh masa lebih lama dan memberi kerunsingan buat Klopp untuk memilih senarai terbaik di bahagian tengah.