Lucien Favre: Mario Gotze Tidak Sesuai Dengan Sistem Saya

Mario Gotze

Pengurus Borussia Dortmund, Lucien Favre tanpa berselindung mendedahkan bahawa pemain tengah, Mario Gotze nyata tidak sesuai dengan sistem yang dipraktikkannya pada ketika ini buat kelab tangga kedua Bundesliga itu.

Pendedahan pengendali berusia 62 tahun itu secara tidak langsung amat menjejaskan peluang buat Gotze untuk berada di kesebelasan utama pasukan.

Keadaan itu sekaligus menuntut Gotze supaya lebih bekerja keras dalam usahanya untuk membuktikan kualiti hebat dimiliki penjaring gol kemenangan Jerman ketika menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil itu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Favre mengakui corak permainan Gotze tidak sesuai dengan taktikal yang diamalkannya tetapi dalam masa sama tetap mahu menggunakan khidmat pemain berusia 27 tahun itu.

Pada ketika ini, kami bermain [taktikal] 3-4-3. Jadi, saya telah bercakap dengan Mario Gotze, dan malangnya ia bukan taktik yang sesuai dengannya.”

Embed from Getty Images

”Saya perlu bercakap mengenai kebenaran tentang perkara ini,” ujar Favre menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sudah tentu, dia boleh untuk beraksi di bahagian tengah kiri atau kanan, tetapi kita akan melihat perkara ini. Masih banyak perlawanan yang menanti di hadapan dan kami perlu untuk bergantung kepada setiap pemain.”

Kempen 2019/20 bukanlah musim yang baik buat Gotze apabila beliau hanya diberikan peluang membarisi kesebelasan utama sebanyak lima kali dalam saingan Bundesliga.

Manakala ketika aksi Bundesliga kembali bersambung selepas terhenti selama dua bulan, beliau turut hanya dimasukkan pada minit ke-87 bagi menggantikan pemain kelahiran Syria, Mahmoud Dahoud.

Perlawanan derbi yang berlangsung di Signal Iduna Park dengan norma baharu yang perlu dipatuhi itu menyaksikan Dortmund mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 hasil dua jaringan Raphael Guerreiro serta masing-masing satu gol daripada Erling Haaland dan Thorgan Hazard.

Kredit featured image: TF-Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mario Gotze:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN