Pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengatakan fokus mereka pada musim ini sentiasa terarah kepada saingan liga.
Hal ini kerana, menurut siaran yang disiarkan di laman JOHOR Southern Tigers mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sentiasa mahukan fokus pasukan itu diletakkan kepada liga.
Menurutnya, Shopee Piala FA merupakan kejohanan yang bukan berada dalam perancangan mereka.
“Saingan Liga Super sentiasa menjadi matlamat kami selepas tewas dalam saingan Shopee Piala FA yang bukan keutamaan kami.”
Menurut pengurus dari Argentina itu, beliau mengatakan TMJ sentiasa mencabar pasukan bimbingannya untuk sentiasa menjadi lebih baik.
Malah, TMJ sekali lagi mencabar anak-anak buahnya untuk menamatkan saingan liga dengan rekod tanpa kalah seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
“Tunku Mahkota Johor ada berkata, apa kata kita sasarkan kejuaraan liga tanpa kalah sekali lagi?”
JDT meletakkan fokus untuk menjuarai saingan liga kerana pada hemat mereka, ganjaran yang bakal diterima adalah lebih baik.
Hal ini kerana, kejuaraan liga dapat membawa mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di peringkat kumpulan.
JDT semakin hampir mengesahkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan liga selepas menewaskan cabaran Kuala Lumpur di Cheras semalam dengan keputusan 4 gol tanpa balas.
Mereka masih mempunyai 2 perlawanan liga untuk diharungi iaitu perlawanan menentang PJ City FC serta Terengganu.