Luciano Figueroa Kini Ganti Alistair Edwards Sebagai Pengarah Sukan JDT Yang Baharu

Setiap yang bermula, pasti akan berakhir.

Legenda bola sepak Johor sekitar era 1990-an iaitu Alistair Edwards kini tidak lagi merupakan pengarah sukan atau sporting director buat pasukan ulung di negara kita iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau yang selama ini merupakan pengarah sukan untuk pasukan tersebut kini tidak lagi memegang jawatan tersebut di kelab tersebut kini.

Dengan pengunduran beliau dari jawatan pengarah sukan itu telah membuka ruang kepada individu baharu untuk megisi kekosongan itu.

Jawatan pengarah sukan yang ditinggalkan oleh Edwards itu kini diisi pula oleh bekas pemain yang dianggap sebagai legenda JDT iaitu Luciano Figueroa.

Pemain yang berasal dari Argentina itu kini mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas oleh Edwards berkuatkuasa serta merta selepas ia diumumkan oleh laman rasmi Facebook JDT.

Kelab Bolasepak JDT juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa Luciano Figueroa akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Sukan JDT yang baru.”

Figueroa merupaka antara watak kegemaran penyokong JDT kerana sengat beliau telah menghadiahkan pelbagai kejuaraan buat kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN