Luciano Figueroa: Cabaran ‘The Boss’ Jadi Motivasi Terbaik Harimau Selatan

luciano figureoa jdt

Di laman Facebook kelab, Johor Southern Tigers, Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa dipetik berkata yang cabaran di Liga-Liga Juara AFC (ACL) 2020 sentiasa sukar namun, JDT akan cuba memberikan yang lebih baik berbanding musim lalu.

Diundi dalam Kumpulan G, JDT akan bersaing bersama Suwon Blue Wings, Guangzhou Evergrande dan juara Piala Emperor Jepun yang akan diketahui selewat-lewatnya pada 1 Januari depan. Ketika ini pertandingan tersebut telah memasuki peringkat separuh akhir.

Cabaran terbesar pastinya daripada juara Chinese Super League 2019, Guangzhou Evergrande yang sangat berpengalaman dalam saingan ACL dan belum pernah terlepas aksi sejak 2012. Ketika ini, mereka dibimbing legenda bola sepak Itali, Fabio Cannavaro.

“Ianya pasti sukar seperti biasa. ACL adalah satu tahap yang sukar dan kami akan bermain menentang tiga pasukan yang kuat.

“Kami akan cuba menganalisa kesemua pasukan ini dan bagaimana hendak menentang mereka. Saya percaya kami mampu beraksi lebih baik berbanding musim lepas. Kami akan cuba lakukan yang terbaik,” ujarnya yang mahu membaiki beberapa aspek pasukan.

Pengurus berusia 38 tahun itu juga menjelaskan yang pengalaman beraksi di ACL musim lalu pastinya telah memberi pengalaman berguna kepada pemain untuk dibawa ke pertandingan kali ini.

“Kami akan menentang pasukan-pasukan besar, peringkat tertinggi di Asia. Kami perlu memperbaiki semua aspek. Pengalaman [2019] sangat baik untuk kami kerana mereka [pemain] sudah tahu bagaimana bermain menentang pasukan-pasukan yang sukar di ACL,” tambahnya lagi mengenai cabaran di ACL kali ini.

Selain itu, pengurus yang juga merupakan bekas pemain JDT itu turut menyatakan yang sasaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk JDT melepasi peringkat kumpulan dalam saingan ACL kali ini adalah satu cabaran baharu buatnya dan para pemain.

syafiq-ahmad-kashima-v-johor-darul-tazim-afc-champions-league-2019
FOTO: Getty Images

The Boss menyebut bahawa Baginda mahu cuba untuk layak ke pusingan seterusnya tahun ini. Ianya bagus untuk mempunyai tekanan. Memberi yang terbaik sentiasa menjadi objektif kami,” tambahnya lagi yang dipetik daripada Johor Southern Tigers.

Musim lalu, JDT yang kali pertama bertanding di ACL menamatkan saingan di kedudukan tercorot Kumpulan E dengan empat mata, di belakang Shandong Luneng (11 mata), Kashima Antlers (10 mata) dan Gyeongnam FC (8 mata). Satu keputusan terbaik adalah JDT mengejutkan Kashima Antlers dengan kemenangan 1-0.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN