Lucas Perez: “Mereka Beri No.9 Kepada Lacazette Tanpa Maklumkan Saya Dahulu”

Penyerang Arsenal Lucas Perez mengecam kelab tersebut kerana memberikan nombor 9 kepada Lacazette tanpa memaklumkan atau meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu.

Dipetik dari sumber ESPN,  Perez memberitahu yang beliau sudah tidak tahan dengan layanan buruk Arsenal. Perez sememangnya sedia maklum yang beliau antara pemain yang berpotensi untuk dijual oleh Arsenal.

Beliau sudah berjumpa dengan Ketua Perunding Arsenal, Dick Law yang beliau mahu kelab mempertimbangkan apa sahaja tawaran dari luar Arsenal jika ada.

Lucas Perez juga kecewa apabila merasakan Arsene Wenger menipu beliau. Sebelum ini, Perez meminta untuk dijual ke China pada Februari lalu.

Tetapi Arsenal menghalang hasrat itu dan berjanji akan memberikan beliau lebih banyak minit. Perez berkata:

“Mereka (Arsenal) melayan saya dengan tidak adil. Mereka mengambil nombor jersi saya tanpa memaklumkan kepada saya apa-apa.”

“Saya tidak boleh berterusan dilayan sebegini. Saya memberikan apa sahaja kepada mereka. Namun ini balasan yang saya dapat. Saya sudah tidak tahan lagi.”

“Musim lalu, saya diberikan peluang bermain yang sangat terhad. Saya mengambil peluang yang ada dan memberikan terbaik dalam perlawanan-perlawanan tersebut.”

“Saya mahu berjuang untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Saya mahu bermain bola sepak. Oleh itu saya rasa, saya perlu ‘balik’ ke tempat yang seperti rumah saya sendiri, Deportivo.”

“Saya rasa dikhianati. Pada Februari lalu, saya dihalang untuk ke China dengan janji mereka akan memberikan saya lebih minit.”

“Tapi cara mereka mengambil nombor itu adalah layanan yang teruk.”

“Jika benar mereka mahu menarik nombor itu dari saya, beritahu saya dahulu sebelum umumkan ia kepada umum.”

“Saya dimaklumkan selepas itu, Lacazette meminta nombor itu, pengurus setuju da terus memberikan nombor itu. Selepas itu baru mereka memberitahu saya.”

Sumber

ESPN – http://www.espnfc.com/arsenal/story/3164327/lucas-perez-arsenal-giving-alexandre-lacazette-no-9-without-asking-last-straw-lucas-perez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN