Lubnan Anggap Ghaddar Tak Penting, Anggap Seri Dengan Malaysia Esok Keputusan Bagus

“Segala soalan mengenai Ghaddar tidak penting. Beliau sendiri memilih untuk tidak mahu mewakili negaranya. Adakah beliau akan kembali ke skuad kebangsaan? Itu soalan tak penting.”

Jika ini bukan pintu tutup buat Mohammad Ghaddar ke skuad kebangsaan, kami tak tahu apa lagi.

Ketika wartawan Malaysia mengasak Miodrag Radulović, ketua jurulatih skuad kebangsaan Lubnan dalam sidang media pra-perlawanan petang tadi, beliau jelas mahu perhatian terarah kepada pemain-pemain yang beliau ada. Bukannya Ghaddar.

Kapten Lubnan, Hassan Maatouk juga turut senada dengan ketua jurulatihnya. “Ghaddar seorang pemain yang bagus. Tetapi jurulatih kami telah memilih seorang pemain bagus (Omar Bugiel) untuk menggantikannya.”

Omar Bugiel merupakan penyerang laju yang bermain untuk pasukan divisyen ke-4 England, Forest Green pada musim ini. Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Jerman merupakan satu-satunya pemain Lubnan yang bermain di Eropah.

Meskipun tanpa Ghaddar, Lubnan turut mempunyai 2 pemain yang boleh memberi maklumat tentang pasukan Malaysia. Mereka adalah pertahanan tengah Moataz Bellah (FELDA United) dan Abu Bakr Al-Mel (gambar bawah, Kelantan).

Strategi kalahkan Malaysia? Ulangi persembahan sama

Meskipun Lubnan membuat 6 pertukaran pemain menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin esok, Radulović tetap bertegas kunci untuk mengalahkan Malaysia adalah dengan mengulangi persembahan cemerlang mereka ketika menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac 2017 lepas.

“Jika kami dapat mengulangi persembahan kami ketika mengalahkan Hong Kong, kami mempunyai peluang esok,” katanya kepada puluhan wartawan Malaysia dalam sidang media di Hotel Thistle, Johor Bahru petang tadi.

Seperti majoriti pemain Malaysia, pemain-pemain Lubnan juga hanya boleh berlatih pada waktu malam kerana menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Tetapi ia bukan satu masalah.

Cuma jika ada satu perkara yang perlu dirisaukan oleh Radulović, ia adalah kecergasan pemain-pemainnya memandangkan aksi liga Lubnan tamat sejak sebulan lepas.

“Untuk mengatasi masalah ini, kami membuat 3 kem latihan – di Lubnan, Qatar dan Malaysia – sebagai persiapan menghadapi Malaysia esok,” jelas Radulović. “Saya anggap seri di Malaysia esok adalah satu keputusan yang bagus untuk kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN