Luahan Hati Jurugambar Sukan Tentang Realiti Kemudahan Internet Stadium Di Malaysia

Nota editor: Kandungan artikel ini diambil dengan izin dan dikongsi oleh Kamarul Akhir, jurugambar sukan dan pengasas All Sports Images And News Agency / www.asiana.my. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai jurugambar sukan.

Tajuk: Wifi Selangorku Berkelajuan Tinggi untuk kegunaan Jurufoto Sukan di Stadium Shah Alam dan Stadium Selayang.

Kepada YB Azmin Ali @ Azmin Ali MB Selangor @ Azmin Ali Office

CC YB Amirudin Shari

BCC Majlis Bandaraya Shah Alam
BCC Stadium Majlis Perbandaran Selayang – Selangor Malaysia
BCC Yes 4G

Tahniah atas kejuaraan pasukan FA Selangor yang menjuarai TM Piala Malaysia 2015 baru baru ini.

Untuk makluman YB sekalian, saya mewakili asiana.my – All Sports Images And News Agency ingin berkongsi dengan YB kesukaran jurufoto sukan yang bertugas ketika membuat liputan perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam dan Stadium Selayang.

Kesukaran yang dimaksudkan ialah kesukaran kami untuk mendapatkan talian internet kelajuan tinggi dan stabil.

Saya mula berkecimpung dalam fotografi sukan sejak tahun 1995 dan seingat saya, sejak Stadium Shah Alam mula di buka, saya kerap membuat liputan acara sukan bertaraf cap ayam mahupun bertaraf dunia di Stadium Shah Alam.

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Selangor ada menyediakan Wifi Selangorku di
1) Pejabat pejabat kerajaan
2) Medan selera
3) Stesen bas
4) Pejabat ADUN
5) Dewan dewan serbaguna
6) Kedai-kedai terpilih

Mungkin YB tersenyum apabila melihat foto YB menjulang TM Piala Malaysia 2015 di akhbar / majalah.

Tetapi realitinya disebalik foto itu, jurufoto sukan yang menghasilkan foto-foto cantik aksi sukan ini, terpaksa melakukan tugas seharian jauh dari tepi padang tempat kami bertugas, iaitu di terowong Stadium Shah Alam bersebelahan longkang dan laluan kenderaan.

Ini adalah semata mata untuk mencari akses internet untuk menghantar foto tugasan ke pejabat masing masing.

Saya juga sertakan foto jurufoto sukan bertugas di EURO 2004 di Portugal dan FIFA World Cup sebagai rujukan.

Sekarang masuk minggu pertama tahun 2016, ternyata kita masih jauh ketinggalan dalam aspek kemudahan / keperluan media khususnya jurufoto. Walaupun Stadium Shah Alam merupakan salah satu stadium terbesar di Asia Tenggara.

Kelajuan WiFi di Stadium Jalan Besar (sumber: Kamarul Akhir)
Kelajuan WiFi di Stadium Jalan Besar (sumber: Dz Dzulfahmie)

Harapan saya dan jurufoto sukan lain ialah YB Azmin Ali dapat mempertimbangkan rayuan saya dan membantu kami jurufoto sukan dengan menyediakan Wifi Selangorku Berkelajuan Tinggi untuk kegunaan Jurufoto Sukan di Stadium Shah Alam dan Stadium Selayang seberapa segera.

Kami juga sering tertipu dengan Yes 4G yang menawarkan kelajuan internet yang tidak konsisten dan perkhidmatan Kejap Ada Kejap Tak Ada.

Harapan saya dan semua jurufoto sukan ialah:

1) Pihak pengurusan stadium di seluruh Malaysia dapat menyediakan WiFi Internet Bberkelajuan tinggi untuk kegunaan jurufoto sukan
2) Pihak syarikat telekomunikasi dapat menambah baik perkhidmatan 4G yang ditawarkan

Terima kasih YB YB sekalian atas perhatian.

Yang benar,
Kamarul Akhir @ KA

Nota:

1) Mohon rakan jurufoto sukan share post saya ni demi kebaikan bersama. Kepada yang selalu kena tipu dengan Yes 4G pun sila share post saya ni ya.

2) Kemudahan WiFi di Stadium Nasional Bukit Jalil tiada masalah.

Baca juga: Penyokong Terengganu Bayar ‘Hutang’ Tiket Stadium Selepas Masuk Secara Haram

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN