Louis Van Gaal: Manchester United Jauh Lebih Membosankan Ketika Dibimbing Jose Mourinho

Louis Van Gaal

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal tampil untuk membidas taktikal bertahan yang sering digunakan Jose Mourinho terutamanya ketika bertemu kelab besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau turut menyifatkan aksi yang ditampilkan United jauh lebih membosankan ketika dibawah kendalian pengurus dari Portugal itu berbanding beliau membimbing kelab tersebut.

Van Gaal pernah merasai bahang selaku pengendali Manchester United bermula tahun 2014 hingga 2016, kemudiannya beliau digantikan oleh Jose Mourinho bagi menduduki kerusi panas itu.

Bercakap kepada Fox Sports Netherlands, Louis Van Gaal berkata: ”Jika anda bertanya bagaimana saya melakukan tugasan ketika di United, saya akan mengatakan itu merupakan tahun yang terbaik buat saya.”

”Kami (Manchester United) bermain bola sepak dengan cukup baik. Tetapi ianya bukanlah bola sepak yang dihargai di England.”

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 26: Manager Louis van Gaal of Manchester United and Manager Jose Mourinho of Chelsea embrace after the Barclays Premier League match between Manchester United and Chelsea at Old Trafford on October 26, 2014 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

”Dan sekarang anda dapat melihat pada pasukan United, saya dapat menyimpulkan bahawa Mourinho tidak dikritik walaupun bola sepak dibawah kendaliannya lebih membosankan.”

”Apa yang Manchester United hasilkan ketika ini adalah bola sepak dengan gaya bertahan. Saya sentiasa bermain dengan bola sepak gaya menyerang. Buktinya adalah pasukan lawan akan sentiasa ‘parking the bus’.”

”Mereka (pasukan lawan) tidak melakukannya ketika ini kerana corak permainan yang diterapkan oleh Mourinho adalah dengan bertahan.”

Mourinho pernah menjadi pembantu kepada Van Gaal di Barcelona pada tahun 1996 hingga 2000 dan lebih menarik adalah pengurus Manchester City, Pep Guardiola merupakan ketua pasukan Barcelona ketika itu.

Tanpa berselindung, pengendali dari Belanda berusia 66 tahun itu lebih menggemari corak permainan pasukan bimbingan bekas ketua pasukannya itu.

”Saya lebih suka menonton perlawanan City berbanding United.”

”Anda memerlukan kualiti dalam pasukan dan ternyata City mempunyai skuad yang lebih bagus.”

Manchester United kini ditangga kedua selepas ketinggalan 11 mata dibelakang Manchester City yang semakin gah memimpin Liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan 46 mata selepas tamat 16 perlawanan.

 

 

Leave a Reply