Memegang kasut futsal Lotto Zhero Gravity VII 700 buat kali pertama, saya teringat kasut futsal pertama saya dari jenama Thailand, Pan Sportswear.
Saya masih ingat kali pertama saya menyarung kasut futsal pertama tersebut pada tahun 2007. Saya memilih kasut tersebut kerana 2 sebab: harga dan nampak cantik.
Masih bergelar pelajar universiti pada ketika itu, bajet bawah RM100 adalah paling mewah pernah saya belanjakan untuk sepasang kasut. Pergi kelas pun pakai kasut Jazz Pallas yang berharga RM40.
Warna kasut pula saya pilih warna hijau muda dan putih. Ketika itu saya berfikir, kombinasi 2 warna tersebut nampak cool. Lain-lain aspek seperti keselesaan, teknologi dan ketahanan lama kasut tidak berapa diambil pusing oleh saya – pemain futsal kasual – pada ketika itu.
Saya dapat merasakan jika saya ditakdirkan memegang Lotto Zhero Gravity VII 700 ketika mula-mula berjinak bermain futsal pada tahun 2007, saya pasti akan memilih kasut ini.
Berikut merupakan penilaian saya tentang Lotto Zhero Gravity VII 700 ini.
1. Teknologi
Menurut vendor barangan Lotto yang saya temubual, kasut Lotto Zhero Gravity VII 700 ini dilengkapi dengan teknologi Reactivearch dan Puntoflex.
Reactivearch memberikan kasut ini keelastikan pada bahagian tapak kasut. Ini dapat memberikan kaki kita kusyen ketika menyerap hentakan, kestabilan ketika bermain dan reaktiviti ketika kita sedia memecut.
Puntoflex pula adalah lurah yang dibina khas di kawasan spesifik di tapak kasut. Menurut Lotto, ia membantu kaki pemain untuk melentur dengan betul.
Rating: 2/5
2. Ketahanan lama
Untuk menentukan ketahanan lama sesebuah kasut, kita perlu meneliti bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kasut ini.
Keseluruhan permukaan luaran Lotto Zhero Gravity VII 700 diperbuat daripada getah sintetik lembut. Ini akan membuatkan kasut ini tahan lama dan sesuai untuk ‘dilenjan’ oleh pemain futsal kasual pada setiap minggu.
Rating: 5/5
3. Keselesaan
Walaupun penggunaan bahan getah sintetik pada permukaan luar kasut membuatkannya tahan lama, tetapi ia juga membuatkan Lotto Zhero Gravity VII 700 terpaksa berkorban dalam aspek keselesaan.
Walaupun secara keseluruhannya saya masih rasa selesa memakai Lotto Zhero Gravity VII 700, tetapi saya tak dapat mengelak membuat perbandingan keselesaan dengan kasut lain yang saya pernah pakai.
Secara analoginya, ia seperti membandingkan keselesaan pemanduan Perodua Myvi dengan Mercedes S-Class. Anda masih rasa selesa memandu Perodua Myvi. Tetapi apabila anda sudah memandu Mercedes S-Class, anda akan memberi gred ‘okay’ kepada Perodua Myvi.
Perasaan inilah yang saya rasai ketika menyarung Lotto Zhero Gravity VII 700. Ia selesa.
Tetapi apabila anda sudah menyarung kasut futsal Mizuno Basara Sala yang berharga RM439, anda akan faham mengapa saya mengatakan Lotto Zhero Gravity VII 700 sesuai untuk pemain beginner. Sama seperti Perodua Myvi sesuai untuk pemandu beginner.
Rating: 2.5/5
4. Estetika
Lotto Zhero Gravity VII 700 didatangkan dengan 3 pilihan warna:
- biru, kuning, putih
- hitam, oren, kuning
- putih, hitam hijau
- biru, merah,putih
- kuning, hitam
Jika mengikut pilihan peribadi saya, kombinasi warna putih, hitam dan hijau adalah yang paling menarik minat saya. Rakan saya di bahagian produksi video pula gemarkan kombinasi biru, kuning dan putih.
Saya berpendapat Lotto melakukan kerja yang bagus dalam menyediakan pilihan warna yang menarik untuk personaliti si pemakai yang berbeza.
Rating: 3/5
5. Harga
Pada harga RM79 (selepas potongan harga asal RM129), Lotto Zhero Gravity VII 700 adalah kasut sempurna untuk pemain yang baru berjinak-jinak dalam sukan futsal (beginner) atau pemain yang melihat futsal sebagai aktiviti riadah kasual.
Ia menepati bajet kasut futsal untuk pelajar dan pemain-pemain yang sekadar melihat futsal sebagai aktiviti riadah.
Apabila anda sudah mula mahu serius bergiat dalam futsal, barulah anda dinasihatkan untuk mencari kasut futsal yang lebih mahal sedikit.
Rating: 5/5
Rating keseluruhan: 3.5/5
Rumusan
Secara keseluruhannya, saya berpendapat Lotto Zhero Gravity VII 700 adalah kasut sempurna jika anda baru berjinak-jinak atau melihat futsal sebagai aktiviti riadah kasual. Saya juga melihat ia kasut sesuai untuk anda belikan kepada anak/adik anda yang bermain futsal.
Anda boleh mendapatkan Lotto Zhero Gravity VII 700 ini pada harga RM79 (selepas potongan harga asal RM129) dengan KLIK LINK INI >>> SBX-LZG
Cepat! Stok tak banyak dah!
Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA